Tuesday, February 7, 2012

NAK SHOPPING KASUT ONLINE TAK?

Bagi kaum adam kat luar sana tu, kalau rasa-rasa nak shopping kasut online, boleh bukak FB nih : Distro Kuala Lumpur

Aku terbaca artike pasal Distro KL ni kat Kosmo! dan ianya menarik perhatian aku. Dorang keluarkan kasut atas jenama Ailo. Mungkin agak kurang mesra di telinga pengguna sebab dorang tak jual kasut-kasut ni kat outlet-outlet. Konsep dorang kan, dorang akan kuarkan contoh-contoh kasut dan kita boleh order kasut tu mengikut warna yang kita suka. Borang tempahan jugak disediakan kat dalam FB dia tuh.

Kalau nak banding harga kasut Distro KL dengan harga kasut berjenama yang lain, harga lebih kurang je. Cuma sekali sekala kalau nak kan kelainan dan nak kan sesuatu yang istimewa dan sentimental value pada kasut tu, boleh-lah order dari dorang.
Aku baru tahu pasal Distro KL ni pun baru beberapa hari yang lepas. So, masih belum berkesempatan nak order sebab tak banyak design kasut yang dorang keluarkan. Mungkin masih belum dapat idea kut. hehehhe..

Sekali sekala order kasut online ni best jugak kan. Tengok dulu mutu dan hasilnya. Kalau rasa best, boleh order lagi. Kalau rasa tak sesuai dan kualitinya kurang baik, better stop je lah kan.
Sebenarnya pengedar utama bagi kasut jenama Ailo ni berpusat di Bandung, Indonesia. Hasil kata sepakat dan persetujuan bersama, pengeluar di Bandung tu bagi lampu hijau kepada Distro KL untuk menjadi pengedar ulung di Malaysia.

So, kasut-kasut jenama ni sangat ekslusif dan tak sewenang-wenangnya diedarkan kalau bukan hasil dari keluaran Distro KL nih. Pembuatan kasut jugak dihasilkan 100% menggunakan tangan dan bagi satu-satu jenis kasut, sebanyak 20 pasang kasut sahaja yang akan dikeluarkan. Bila tempahan dah cukup 20 pasang, pengeluaran akan dihentikan. So, kat Malaysia ni nanti hanya ada 20 orang je yang akan pakai kasut jenis macam tu. Tu pun kalau seorang beli sepasang. Kalau seorang beli sampai 20 pasang? Ha..memang dia sorang je lah yang pakai kat Malaysia nih.

Lebih baik cepat, sebelum terlambat. Kalau nak baca dengan lebih lanjut, sila klik KOSMO
Dapat gaji nanti segera aku buat tempahan..

Ni contoh-contoh kasut yang dikeluarkan..Aku ceduk dari FB dia..Bukan curi ye, tapi untuk promosi percuma..Tu pun kalau ada orang baca..



Kataku : Kena beli rak kasut nih..kasut dah bersepah-sepah kat rumah.

4 comments:

  1. kasut perempuan online tak ada ke?

    ReplyDelete
  2. indah nian kasutnya...

    good...

    http://on.fb.me/YwhfqL

    ReplyDelete
  3. تم حفظ تعليقاتك وستكون معروضة بعد موافقة مالك المدونة الإلكترونية.

    ReplyDelete
  4. Good..kasut...

    from :

    http://on.fb.me/YwhfqL

    ReplyDelete