Thursday, June 21, 2012

GRILL RUMAH

Semalam TERPAKSA mintak kebenaran boss untuk keluar sebab ada urusan peribadi, padahal pagi semalam ada Mesyuarat MBJ. Kena bebel jugak la dengan boss.

Bulan ni sangat serabut. Pikir pasal rumah, pasal kerja. Aduh..nasib badan..

Tukang grill rumah da telefon kata nak pasang grill. Tak boleh nak tangguh-tangguh sebab dia ada tempahan kat tempat lain pulak.

Bergegas keluar dan kena tunggu tukang grill pasang grill untuk keseluruhan rumah. Kalau nak balik dulu, then patah balik memang membuang masa dan minyak je kan. So, ambik keputusan tunggu je.

Timbul lak beberapa masalah bila nak pasang grill tu sebab ada sebahagian tempat yang grill tak boleh masuk dengan sempurna sebab permukaan dinding yang tak rata. Tu yang makan masa tu, untuk tingkap-tingkap, sangat senang nak pasang.

 sesi memasang grill kat master bedroom

 tu dia...pemandangan dari bilik ke 3..leh main mata dengan jiran sebelah..

 pemandangan dari master bedroom..hadap pokok dan rumah teres..

sesi pasang grill kat pintu masuk..yang ni ada masalah sebab dinding tak rata..

palang balkoni dibukak sebab nak pasang grill kekal..untuk keselamatan kanak-kanak..( planning masa depan..keh3..)

bak kata abang aku " ni rumah ke lokap?"..

 pemandangan dari tempat sidai baju

tetiba rasa suka kat grill rumah atas tu..macam mana?

jadi serabut bila semua da pasang grill..

Bila dah siap pasang keseluruhan, rasa macam tak puas hati pulak pada grill untuk balkoni dengan pintu masuk.. Sebenarnya silap diri sendiri jugak sebab tak explain betul dengan tukang grill tu..

Tengah terpikir macam mana nak tutup kekurangan yang ada ni..

Upah keseluruhan ni pun dah cecah 2k..tu belum lagi nak ambik yang wrought iron yang bunga-bunga bagai tu..mahunya cecah 5k nanti.

Kataku :
Pikirkan untuk wiring pulak


1 comment:

  1. wah dh dpt kunci ekkk...bila nk majlis msk umah ni...hikhik

    ***ye lah kan...zaman skrg umah smua kena grill tu pun msh blh dibukak...huhu..

    ReplyDelete