Aku tau malam ni berlangsungnya majlis AIM 2012, tapi apa yang aku nak ceritakan ni bukan pasal AIM 2012, tapi pasal dinner Maybank yang berlangsung kat PICC.
Artis jemputan dia Ziana Zain dengan One Nation Emcess, bukan calang-calang artis..Yelah, nama pun Maybank, bank ternama kat Malaysia, tak kan nak panggil artis cikai-cikai.. Pengacara pulak Nabil, Shuib ngn Angah Raja Lawak.
Ok, xmau cite pasal retis yang buat persembahan, cuma nak cakap pasal sikap orang-orang Maybank yang tak tahu nak bagi kerjasama dalam menjayakan majlis yang dianjurkan untuk diri dorang sendiri.
Tema dorang Stylish In Era.. So patutnya pakai lah baju-baju ikut era 60 an ke, 70an ke, 80an dan seterusnya.. Mana yang ikut tema tu, memang nampak oveeeeerrr sangat.. siap rambut pelesu bagai kan..berkaler-kaler..
Nak tegur ni mereka-mereka yang susah sangat nak ikut tema majlis.. Datang majlis annual dinner dengan pakai jeans dengan t-shirt saje.. Aduhhhh... orang gi pasar boleh la pakai baju macam tu, ni majlis yang setahun sekali diadakan, tak kan lah tak boleh nak keluar duit sikit beli baju..
Kalau tak nak ikut tema pun tak apa, tapi pakai lah kemeja.. Nampaklah smart kalau nak compare dengan tshirt sahaja.. Nak pakai t-shirt boleh, tapi sila padankan dengan blazer yang nampak kasual..So, diri tu tak nampak sempoiii sangat.. Hormati majlis yang dibuat untuk meraikan diri anda sendiri.
Harap-harapnya kalau PICC buat dinner akhir tahun ni, semua boleh ikut tema. Kalau tak boleh jugak, pakailah baju yang kemas.. jangan pakai tshirt ok..
Kataku :
Tak kan tak sempat cari baju kut??
betul tu.. kan lebih bagus pakai mengikut tema baru lah cool kan ;)
ReplyDeletehurm mcm2 kan...
ReplyDeletekalau org camni wat rosak majlis je kan!...