Dalam hidup kita ni banyak pilihan, tapi ada masanya kita tak diberi hak untuk memilih..dan itulah yang terjadi pada diri aku.
Masuk ni, dah dua kali aku dijadikan sebagai kambing hitam untuk keselesaan dan kesenangan orang lain dan aku redha..
Jalan penyelesaiannya, tunggu masa dan peluang untuk aku blah dari neraka dunia ni.. Oppsss terlalu bodoh aku sebab menyamakan tempat ni dengan neraka. Sesungguhnya neraka Allah itu terlalu azab dan sangat-sangat menakutkan sedangkan ini adalah tempat aku mencari rezeki.
Selepas 17 Disember 2012, setiap hari aku datang kerja macam dah tak ada matlamat..macam dah tak nampak apa tujuan aku bekerja.. Aku stress dengan sekeliling, tapi ada sesiapa yang tahu? Tak ada sape yang tahu..Aku luahkan dengan perbuatan yang tak aku sengajakan.
Kalau hati kita tak ikhlas, tindakan dan perbuatan kita juga jadi tak ikhlas.. Mencuba untuk menjadi ikhlas memang menampakkan kehipokritan dalam diri, dan kadangkala aku menjadi terlalu "palsu" dan "berpura-pura"..
Kataku :
Satu itu One and One is Satu
Dijadikan kambing hitam mmg sakit hati. Tapi lagi sakit hati kalo kita sedar kita dikambinghijaukan tapi kita tak mampu nak buat apa2 dan terpaksa ikut. Grrr...
ReplyDeletedugaan dunia.. emm.. smoga awk jumpa yg trbaik dlm hidup
ReplyDelete