Saturday, January 19, 2013

SEMAKAN PERMOHONAN PJJ UiTM SESI MAC 2013


Confirm aku tak dapat nak tidur bila nak tunggu tarikh untuk semakan sama ada layak atau tak untuk sambung degree aku kat UiTM yang dah aku apply dari bulan November tahun lepas.

Debar lain macam je sebab dua kemungkinan akan jadi. Antara berjaya atau tak..memang itu je dua pilihan yang ada kan?

Dapat dan tak dapat, dua-dua akan buatkan aku stress. Kenapa?

Kalau aku dapat : aku tak tau boleh carry atau tak. Boleh ke aku imbangkan antara belajar dan kerja. Termasuk jugak sumber kewangan, adakah berkemampuan atau tidak?

Kalau aku tak dapat : aku akan kecewa yang teramat sangat sebab ini adalah impian aku dan azam untuk tahun 2013. Aku nakkan segulung ijazah dan capai cita-cita untuk menjadi seorang pendidik ( eh layak lagi ke? )..dan kalau aku tak berjaya, sudah semestinya akan aku lupakan semangat untuk sambung belajar..

Tarikh untuk semakan adalah 22 Januari 2013 hari Selasa

Akan aku tunggu tarikh keramat ni dengan hati yang dap dup dap dup..

Kataku :
Otak aku dah beku...macam mana nak mulakan study lagi?

5 comments:

  1. Good Luck abg fendi! :) Ambil course ape?

    ReplyDelete
  2. bang, tumpang tanya.. tau tak bila pendaftaran tuk pjj tahun 2013?
    sy berminat snagat nk sambung belajar

    ReplyDelete
  3. azwa - klo utk diploma prmohonan spnjang msa, utk degree biasanya dlm blan sept or okt cmtu la dia bukak twran..try la, selagi bole stdy, kita stdy..jgn nyesal kmudian hari..

    ReplyDelete