Saturday, March 9, 2013

PERSIAPAN AWAL - PHUKET TUNGGU AKU

Aku tak nak buat persiapan akhir-akhir masa supaya kepala aku tak serabut nak pikir benda-benda remeh sebelum bergerak ke negara gajah putih.. destinasi aku nanti adalah Phuket Island dan tagline percutian kali ni " phuket..tunggu aku..."

Ntah apa yang disuruh tunggu pun aku tak tau..abaikan je lah..

Persiapan? Hotel dah siap book semua dan aku ambik hotel kat Patong Beach.. Kenapa pilih Patong Beach? sebab hasil dari survey-an aku, ramai pelancong akan "berumah tangga" kat pantai ni berbanding dengan pantai-pantai lain.

Ni pengalaman pertama aku ke Phuket, so redah je lah.. aku bukan pandai pun tempat-tempat orang ni. Dah sampai sana baru tau macam mana keadaan tempat tu.. boleh belajar dari pengalaman untuk percutian kedua ketiga dan seterusnya.

Aku pun dah senaraikan tempat-tempat yang nak gi kat sana.. opcos la nak gi massage kat sana kan..eh massage yang halal ye, bukan yang haram.. 

Cuma yang mendukacitakan aku bila dari 5 orang yang mula2 nak pegi, cuma 2 orang je yang confirm.. 3 orang lagi tu cancel last minute.. tak kisah lah, hal korang sendiri nak pegi or tak.. yang penting aku nak enjoy diri aku sendiri.. ada aku kesah dengan diri korang??

Dan ada kebaikan juga kalau pegi dalam kelompok yang kecik sebab pergerakan akan lebih cepat dan tak yah nak tunggu2 kawan-kawan siap.. pastu kalau ramai2 sangat, banyak kepala yang nak kena ikut.. yang tu memang aku tak suka.. prinsip aku dalam berholiday ni "kita redah selagi boleh redah..dah alang2 berjalan,  jalan sampai pitam"

Easy kan kalau gi holiday dengan aku? one more thing, aku ni tak cerewet.. 

Hahhahaha...dan kalau ada idea2 best yang tetiba terpacul kat kepala hotak tu, aku akan follow je, xde banyak potpetpotpet..

Percutian ni pun aku bajet2 jugak.. Tak nak melampau2 sangat berhabis duit.. Pembaziran sungguh sebab Phuket cuma sekadar pantai untuk melepaskan masalah..



map ni hasil curian aku dari google

Kataku :
Target ke Bali pulak..tapi tahun depan la..


2 comments:

  1. hepi holiday...mesti best ni dpt tengok pantai yg cantik kt sana...hihi

    ReplyDelete
  2. jgn lupa fridge magnet tuk aku .... huhuhu

    ReplyDelete