Monday, June 10, 2013

NAIK CRUISE PUTRAJAYA

Selama ni asyik pandang-pandang je kan Cruise Tasik tu belayar kat Tasik Putrajaya,  akhirnya pada 31 Mei 2013, dapatlah memenuhi  keinginan naik cruise tu atas ehsan dan sponsor oleh Perbadanan Putrajaya. Special untuk warga PICC sahaja.

Mula-mula tu malu-malu hanjing jugak la nak naik cruise ni kan sebab setakat keliling Putrajaya je. Tapi bila dah naik, jakun nya ya ampun.. Tak reti nak duduk diam.

Pelayaran bermula di Masjid Putrajaya dan di bawa sepanjang laluan dan menuju ke arah empangan dan cruise akan pusing balik. Sepanjang perjalanan pergi, sorang pemandu pelancong akan bagi maklumat berkaitan bangunan-bangunan yang ada di sekitar laluan.

Masa balik pulak, kitorang diberi peluang untuk naik di bahagian atas dan bergambar. Memang terasa macam naik Star Cruise dan bayangkan macam dalam cerita Pisau Cukur. Kau mampoo??

Sebenarnya kalau rasa nak naik, harga bayaran tak mahal pun. Aku ada ambik pamplet tapi dah terbuang plak. Huhuhu..

Yang aku ingat, untuk adult yang ada MyCard, bayaran adalah RM 30.00 seorang dan dia ada gak pakej untuk group.







Yang bawah ni gambar-gambar pemandangan.. Ambik gambar gune hp je, gambar pun yang ala-ala je..












 Kataku :
Terima kasih untuk Ahmad Syarizad a.k.a Punklima Raudhah atas gambar-gambar tu..


2 comments: