Wednesday, July 31, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TAN SRI KSN & PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA


Hari Isnin lepas ada majlis berbuka puasa bersama Tan Sri KSN dan jugak Presiden Perbadanan Putrajaya. Tetamu jemputan pulak KSU-KSU dari semua kementerian dan jabatan.

Aku bertugas jadi tukang jaga makan je lah kan..dah sah2 duduk unit F&B.. redha je lah..hari2 menghadap makanan.

Majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit perubahan last minute. Kesian kat katerer sebab kena rombak balik setting meja untuk VVIP.

Dan aku pulak cuma pantau dorang setkan meja-meja tu je lah..huhu

Majlis bermula dengan tazkirah dan diikuti dengan berbuka puasa. Kemudian tetamu pegi solat maghrib dan sambung makan malam pulak. Masuk waktu Isyak, dorang solat dan diteruskan dengan solat sunat tarawih. Lepas tarawih ada pulak moreh.

Aku tak ambik “pot” sangat lah pasal event ni sebab ada cerita disebalik majlis ini.


 
Kataku :
Anak kera disusukan, anak sendiri mampus kelaparan
 

1 comment:

  1. bertugas ke...nmpknya mkn pun krg kan kalau time keja..kalau betoi sbg tetamu dpt la mkn betoi2 kan kan..hehe

    ReplyDelete