Tuesday, July 30, 2013

PUSAT KITAR SEMULA KOMUNITI PRESINT 9 PUTRAJAYA



Masa duk mengemas-ngemas baju-baju yang ada dalam kotak (sejak pindah, malas nak memunggah baju), terpikir jugak nak dermakan baju-baju dengan seluar-seluar yang masih boleh pakai ni kat mana-mana pusat kebajikan. Tapi bila dipikir-pikirkan balik, mana nak cari pusat kebajikan tu kan. Setakat berapa helai je (banyak helai jugak sebenarnya).

Akhirnya google punya google, jumpalah cerita pasal Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya. Sebenarnya dah pernah terbaca kat blog Jemarisuri pasal pusat nih. So, bila dah diasing-asingkan baju yang nak didermakan, aku pun hantar. Kedudukannya di flat hijau Presint 9 (orang Putrajaya mesti tau)..

Sebenarnya pusat kitar semula ni menyediakan perkhidmatan menerima barang-barang recycle. Recycle yang boleh mendatangkan duit seperti kertas, tin, botol dll. Jugak recycle atas dasar kebajikan iaitu dengan mendermakan pakaian terpakai. So, takde duit yang akan diberikan. Pakaian tersebut akan dirapikan semula dan akan dijual. Hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan. Secara tak langsung, InsyaAllah dapat jugak pahala untuk kita kan?

 4 beg kesemuanya

 sini lah tempatnya

Kataku :
Sangat mudah kan?

2 comments:

  1. semoga tgn yg memberi dpt membantu mrk yg memerlukan...^^
    sis pun dh lama tak bertapak ke sini^^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..smbgn skcil ini hnya hrapkan blsan dr Allah je..

    ReplyDelete