Monday, December 16, 2013

KOMEN LAH..TAK KISAH PUN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Aku dapat lagi komen tak membina dari seseorang pasal entry aku mengenai servis di klinik kerajaan. Nak aku explain lagi ke? Itu adalah pandangan aku sebagai pesakit dan aku meletakkan diri aku sebagai orang awam yang menggunakan perkhidmatan di klinik kerajaan.

Ok, mungkin ada kesilapan dalam mengomen pasal sistem kerja atau konsep kerja yang diguna pakai oleh KKM, so aku boleh terima kalau orang nak komen dan betulkan kesilapan. Komen dengan cara yang baik dan betulkan keadaan yang kebanyakan orang awam macam aku ni mungkin tak paham.

Nak aku sebutkan lagi dan berkali-kali untuk sekian kalinya. Aku ada hak untuk bersuara, dan sebagai salah satu kementerian di bawah sistem pentadbiran kerajaan Malaysia, sepatutnya orang-orang di dalamnya tak perlu nak melenting sangat. Kalau orang-orang yang di dalam tak buat seperti yang kami dakwa, orang-orang tu tak akan melenting semacam.

Aku rasa bukan aku seorang je yang bercakap mengenai kelemahan perkhidmatan yang diberikan, memang ramai lagi yang bercakap. So, terima kenyataan dan cuba ubah mentaliti dan cara kerja.

Ambil contoh kes di PICC bila seorang P&P di salah satu kementerian komplen pasal larangan merokok di PICC yang mana sepatutnya bangunan kerajaan (ketika itu) adalah kawasan larangan merokok, tetapi masih ada lagi pengunjung PICC yang merokok di dalam bangunan. Pihak PICC dan orang-orang di dalam tu tak melenting sangat pun. Benda betul, apa nak dikisahkan. Cari penyelesaian, dan kes selesai. 

Aku tak kisah kalau orang-orang di dalam KKM nak marah dengan aduan aku tu. Korang pun ada hak nak pertahankan cara kerja korang kan. Mungkin jugak orang-orang di dalam kementerian tu memang yang "terbaik" sampai tak boleh nak dikomplen.

Kataku :
Biarkan biawak melintas  jalan



No comments:

Post a Comment