Saturday, January 26, 2013

MEMORI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Belum terlambat nak ucapkan salam maulidur Rasul..bila ingat-ingat balik, sambutan maulidur Rasul paling meriah waktu zaman sekolah. Kalau di Johor, aku bersekolah rendah / menengah dan sekolah agama Johor. So, akan ada dua sambutan di peringkat sekolah, tu tak termasuk sambutan peringkat kampung. Memang meriah sangat-sangat..

Semua tu memori zaman sekolah, zaman kanak-kanak.. Tu antara perkara yang aku rindukan bila dah meningkat dewasa ni.

Dari dulu, kini dan In Shaa Allah selamanya, bila tibanya sambutan maulidur Rasul, confirm akan timbul satu perasaan terharu dan sedih bila teringatkan perjuangan Rasullullah dalam menegakkan agama yang suci nih..

Aku tak nak bercerita pasal sirah rasul, just nak sharing kenangan sambutan sahaja.

Masa persiapan lagi dah terasa kemeriahannya. Bangsal dinaikkan berdekatan dengan kantin sekolah, then periuk-periuk besar dah dikumpulkan untuk memasak.. Arghhh kenangan tu semua.

Bila dah tiba waktu sambutan, pagi-pagi lagi masing-masing dah bergaya dengan baju melayu dan baju kurung. Macam nak raya rasanya. Majlis mula dengan perarakan keliling kampung..Bawak sepanduk, dengan kompang bagai sambil berselawat. Tak terasa penat bila berarak beramai-ramai.

Sampai di perkarangan sekolah, masuk dalam dewan dan majlis mula. Majlis mesti ada bacaan suci Al-Quran.. Kawan-kawan sendiri jugak yang jadi Qari atau Qariah..Time tu la dapat tahu yang kawan tu boleh baca Al-Quran dengan baik. Kelas ko...selama ni ingat kawan tu tak pandai mengaji lah ye??

Lepas tu mesti ada nasyid..Ok yang ni biasanya aku lah yang masuk. Pernah jadi penyanyi solo dalam kumpulan. Bila jadi solo, rasa macam suara sedaplah sangat kan..Padahal sebenarnya cikgu main pilih je.. Wakakkaka..

Kemuncak majlis mestilah ceramah agama dari ustaz jemputan dan kebiasaannya berkisar tentang perjuangan dan sejarah hidup Nabi Muhammad SAW..

Paling ditunggu-tunggu pulak adalah sesi memenuhkan perut..wooo..sedapnya makan dalam dulang..mesti pilih-pilih kawan nak makan sama..hahahha sangat nostalgia benda tu..best la sesangat..

Dalam tu mesti ada nasi beriyani, daging dengan sayur..then ada pisang montel sorang satu..cawan kena bawak sendiri..

Balik rumah dengan perut yang kenyang... memang aku rindukan kenangan zaman sekolah.. Sangat banyak memori..

Kataku :
Nak kena belek-belek album gambar lama nih...


Wednesday, January 23, 2013

AKHIRNYA...UiTM AKU DATANG

Satu berita gembira untuk diri aku selepas aku melepaskan peluang 6 tahun yang lepas..Alhamdulillah..berjaya jugak aku dapat tawaran sambung degree kat UiTM secara jarak jauh. Selama beberapa tahun lepas ni, aku kena berhempas pulas belajar sambil bekerja..Eh..salah..bekerja sambil belajar untuk dapatkan degree dalam pengurusan sumber manusia..

Dah tanya sorang kawan yang lulusan HR UiTM ni, katanya course ni agak susah tapi kalau fokus, tak ada benda yang mustahil untuk dicapai. Aku yakin yang aku boleh buat, so itu je lah kata-kata semangat yang boleh aku tanamkan dalam diri.. Takut jugak sebenarnya ni.

Tujuan aku sambung belajar ni sebab nak capai impian aku yang dah aku korbankan 6 tahun lepas.. Aku balikkan semula cerita 6 tahun yang lepas bilamana aku tolak tawaran untuk sambung degree di UiTM Segamat semata-mata nak tunaikan impian mak aku yang nakkan aku kerja kerajaan.

Ada banyak sebab kenapa aku beriya nak sambung belajar. Antara lain sebab aku nak sama taraf dengan kawan-kawan lain. Jujur cakap, kebanyakan kawan-kawan dah bergelar cikgu, pensyarah, pegawai bank dan paling tidak pun jadi Pen. Pegawai Tadbir dengan kelulusan diploma. Macam selalu aku luahkan, rezeki masih belum ada untuk aku dipanggil interbiu bagi jawatan Pen. Pegawai Tadbir. Jadi, dari asyik menunggu dan terus menunggu, baik aku ambik inisiatif untuk memajukan diri aku. Sekurang-kurangnya bila lepak-lepak dengan kengkawan yang ada degree, aku tak rasa ketinggalan dan ada sifat bangga dalam diri. Sekali lagi aku mention, rasa bangga dalam diri, bukan rasa riak yang boleh merosakkan diri.

Sebab kedua - aku tak nak orang pandang rendah pada aku..Walaupun bergred 17, sekurang-kurangnya aku nak orang nampak yang aku ada masa depan untuk berjaya..Ilmu boleh dicari dimana-mana, tu memang aku akui. Tak belajar tinggi pun asalkan rajin membaca, dah boleh jadi orang berilmu, namun kalau nak berjaya dalam kerjaya, sekeping sijil tu yang sangat bermakna.

Sebab ketiga - untuk mengisi masa lapang yang selalu aku buang macam tu je. Selama 6 tahun aku kerja, apa yang dah aku capai untuk kebanggaan diri aku? Setakat beli rumah, tu je lah..sekurang-kurangnya dengan keputusan aku untuk lanjutkan pelajaran, akan beri suatu kepuasan yang paling dalam untuk diri aku sendiri.

Banyak lagi nak aku ceritakan berkaitan sambung study ni, tapi baik aku pendamkan. Aku tak nak nanti ada yang membaca dan capkan aku sebagai orang yang sombong, bongkak, membangga diri dll.

Aku akan lapor diri pada 16 Februari dan start belajar dalam bulan Mac nanti.. Tak sabar nak mulakan belajar.. Benda yang dah lamaaaaaaaa sangat aku tinggalkan dalam hidup..

Lagi satu, aku tak suka bila ada yang kata aku sambung degree sebab nak jadi PTD.. tu bukan tujuan asal je.. Aku tak pernah nak mengejar sangat benda yang tak tahu boleh capai atau tak. Ada rezeki, In shaa Allah boleh bergelar apa-apa aja asalkan aku suka dengan jawatan tu.

Kataku :
Tolong paham kawan-kawan dan bagi sokongan penuh..bukan memerli atau cemburu tak tentu pasal

Saturday, January 19, 2013

SEMAKAN PERMOHONAN PJJ UiTM SESI MAC 2013


Confirm aku tak dapat nak tidur bila nak tunggu tarikh untuk semakan sama ada layak atau tak untuk sambung degree aku kat UiTM yang dah aku apply dari bulan November tahun lepas.

Debar lain macam je sebab dua kemungkinan akan jadi. Antara berjaya atau tak..memang itu je dua pilihan yang ada kan?

Dapat dan tak dapat, dua-dua akan buatkan aku stress. Kenapa?

Kalau aku dapat : aku tak tau boleh carry atau tak. Boleh ke aku imbangkan antara belajar dan kerja. Termasuk jugak sumber kewangan, adakah berkemampuan atau tidak?

Kalau aku tak dapat : aku akan kecewa yang teramat sangat sebab ini adalah impian aku dan azam untuk tahun 2013. Aku nakkan segulung ijazah dan capai cita-cita untuk menjadi seorang pendidik ( eh layak lagi ke? )..dan kalau aku tak berjaya, sudah semestinya akan aku lupakan semangat untuk sambung belajar..

Tarikh untuk semakan adalah 22 Januari 2013 hari Selasa

Akan aku tunggu tarikh keramat ni dengan hati yang dap dup dap dup..

Kataku :
Otak aku dah beku...macam mana nak mulakan study lagi?

Friday, January 11, 2013

KES DERA KANAK-KANAK

Jadi manusia, tapi perangai macam binatang buas kat dalam hutan. Perangai menjijikkan untuk bergelar manusia yang diberikan akal dan fikiran oleh Allah.

Aku masih tak paham kenapa masih ada manusia yang berhati hitam dan bermata buta sehingga sanggup mendera kanak-kanak. Baca paper Harian Metro hari ni menyakitkan hati.

Sanggup mencucuh rokok kat tangan dan kaki kanak-kanak untuk mendera dan penderaan tu dilakukan oleh teman lelaki ibu. What The Hell!!!!!!!

Huh menyakitkan hati walaupun aku belum menjadi suami dan ayah.


Kataku :
Mata dia buta untuk menilai anugerah


Thursday, January 3, 2013

TAHUN 2013

Lupa pulak nak tulis entry pasal tahun baharu 2013. Dah 3 hari kita masuk ke tahun baharu ni, sekejap je masa bergerak dan usia makin meningkat ke satu angka. Menandakan hari tua semakin dekat dengan kita.

Usia hanya pada angka, apa yang penting adalah cara untuk kita mengisi hidup ini sama ada dengan sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.

Bila masuk tahun baharu, perkara utama yang orang pandang ialah azam. Wowww glemer betul perkataan azam ni kalau awal-awal tahun. Jangan ditanya azam aku sebab setiap tahun azam tetap sama dan kadangkala aku lupa apakah azam aku yang sebenarnya.

Dalam hidup, kalau terlalu merancang pun tak boleh jugak.. Terlalu merancang, kemudian rancangan tak menjadi, memang frust menonggeng lah jawabnya. Sebab tu, kena selalu sebut "kita merancang, Allah yang tentukan".. So, terubat sikit rasa kecewa kalau perancangan kita gagal.

Tahun 2012, pencapaian terbaik aku ialah berjaya membeli sebuah rumah, walaupun sekadar apartment sahaja kan. Tapi inilah satu pencapaian besar yang aku buat. Hurmmm...dan pembelian rumah ni tak pernah aku rancang.. Bermula dengan niat untuk temankan kawan cari rumah untuk dibeli, akhirnya aku yang beli rumah aku sendiri.

Tahun 2013 ni, harapnya ada pencapaian positif yang dapat aku gapai dalam hidup. Mungkin pencapaian menamatkan zaman bujang.. Mungkin? Tak siapa tahu kan??


Kataku :
Hanya tahu merancang untuk bercuti je