Thursday, June 26, 2014

SUMBANGAN DI RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Golongan yang kurang berkemampuan jangan kita abaikan. Tambahan lagi dah nak dekat bulan Ramadhan ni, cuba bukak hati untuk dekat dengan kumpulan yang kurang dari segi wang ringgit dan juga kasih sayang.

Atas dasar itu juga, Bahagian Khidmat Pengurusan jabatan aku ada buat program amal untuk disumbangkan kepada Rumah Amal Asnaf Al- Barakh di Olak Lempit, Banting Selangor.

Aku dilantik untuk terajui program ni tapi oleh sebab aku masih malu-malu dengan orang-orang kat jabatan ni, so aku buat ala kadar je. Sekurang-kurangnya ada sedikit amalan yang aku buat. InsyaAllah, hanya harapkan balasan dari Allah SWT.

Antara barangan yang dapat dikumpulkan adalah pakaian terpakai. Ada yang dermakan baju, seluar dan jugak tudung yang masih cantik dan elok. Kemudian, kitorang ada buat kutipan duit untuk beli barangan runcit. Dapat lah jugak beli sedikit barang-barang dapur macam beras, gula, susu, minyak dan jugak biskut-biskut untuk rumah amal tu.

Plan asal nak pergi hantar barang-barang pada 21 Jun, tapi oleh sebab 21 Jun tu ada aktiviti lain, so terpaksa pergi hantar pada 20 Jun. Hari bekerja dan tak semua orang nak pergi sebab komitmen pada kerja. Ketua Bahagian bagi kebenaran untuk guna kereta jabatan. Jadi, bila dah sumbat dengan barang-barang, cuma 3 orang je yang boleh pergi. Sorang driver dan 2 orang penumpang. Alhamdulillah, nasib baik dapat kerjasama yang baik dari 2 orang kawan ni.

Alamat rumah amal ni : Lot 11537, Jln Sepakat, Taman Cenderawasih, Kg Olak Lempit, 42700 Kuala Langat. Banting, Selangor. ( Belakang Shell). 

Nak ke rumah amal ni senang je. Ikut jalan Dengkil dan menghala ke Bukit Changgang,  jalan terus sampai nampak Petronas dan terus lagi sampai nampak Shell. Sebelum Shell tu ada simpang ke Taman Cenderawasih, masuk situ dan ikut signboard yang ada.

Kalau nak datang beri sumbangan boleh telefon dulu Puan Norjia - 017-2967860.

Anak-anak kat sini  ada 45 orang. Terdiri dari anak-anak yatim, yatim piatu dan juga muallaf.

 papan tanda perasmian Rumah Amal Asnaf Al-Barakah. Dirasmikan pada 24 September 2011

 

 tempat wuduk surau lama. Sekarang ni tengah dalam pembinaan surau yang baharu


 ruang makan anak-anak rumah amal

 pejabat pentadbiran dan pusat sumber. Perabot-perabot nya pun agak usang..



keadaan biliknya pun agak daif. Tilam usang, ada katil yang dah nak patah. cadar pun takde.
 hasil sumbangan yang mampu kami berikan. Semoga Allah SWT murahkan lagi rezeki kami dan boleh memberi kepada mereka yang memerlukan

 musolla (surau) yang baharu sedang dalam pembinaan. Menurut Puan Norjia, kerja-kerja terberhenti seketika sebab barang-barang belum beli.. Ya Allah!!! terkesan kat hati ni dengan keadaan di rumah ni


Perasaan bila memasuki rumah amal ni, terasa sayu sangat sebab keadaan rumah yang berada di belakang kawasan taman perumahan. Keadaan bilik yang tidak sempurna. Ada kipas yang rosak, katil yang dah nak patah, tilam yang dah uzur, pakaian anak-anak yang lusuh dan keadaan sekeliling yang bagi aku agak tidak selesa.

Aku merayu kepada orang-orang di luar sana, mana-mana syarikat dan badan-badan kebajikan, sama-sama lah kita buka mata dan menderma semampu yang mana kita ada. Semoga Allah SWT memberi ganjaran berlipat kali ganda kepada kita nanti. Aminnn!!!!!

 ini pulak gambar dengan sebahagian dari anak-anak rumah amal. Sebahagian lagi sekolah pagi..

Kataku :
Semoga anak-anak itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

No comments:

Post a Comment