Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Alhamdulillah..puasa berjalan lancar. Time bulan puasa ni ter'rajin' pulak buat dessert untuk iftar (sesekali berbahasa Arab kan..). Google-google dalam tenet, beli bahan-bahan, balik rumah cuba buat dan terhasillah Puding Roti (Bread Pudding).
Awal-awal aku cakap yang bread pudding aku ni rupa bentuknya agak kurang menarik sebab tangan aku memang tak berseni. Tapi akak aku cakap rasanya ok dan menjadi..
Agak-agak boleh masuk Masterchef tak?? Berangan!!!
Kalau cari kat internet, memang berlambak lah resepi, tapi aku nak jugak share kat sini. Boleh jugak aku rujuk-rujuk kalau terlupa.
BAHAN A:
Roti Putih - 8 atau 9 keping
500 ml Susu Segar / 1 Tin Susu Cair
Kismis atau Prune (ikut suka)
BAHAN B:
2 Sudu Besar Margerin / Mentega
4 Sudu Besar Gula
1 Sudu Teh Esen Vanilla
2 atau 3 Biji Telur
1 Sudu Besar Tepung Jagung
Cara-caranya :
- Carik-carikkan roti dan susun di dalam bekas loyang dan tuang susu segar/susu cair dan biarkan rendam. Taburkan kismis / prune. Ketepikan dahulu.
- Di dalam satu bekas lain, masukkan margerin/mentega dan gula. Gaul sebati.
- Masukkan esen vanilla, telur dan tepung jagung dan pukul sampai cantik rupanya (sekata/sebati).
- Kemudian, tuangkan bancuhan tersebut di dalam bekas roti yang direndam susu tadi.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah dalam masa 30 minit.
BAHAN-BAHAN:
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Tepung Kastard
Cara-caranya :
Masukkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Terpulang kepada tukang yang buat tu sama ada nak pekat atau nak cair.
macam ni rupanya bila dah siap..macam aku cakap, aku ni tak kreatif, so rupa bentuk nya pun ala kadar je lah
Untuk percubaan pertama ni, aku tak buat sos kastard tu sebab lupa nak beli tepung kastard. Mungkin untuk percubaan ke dua nanti, aku nak try buat dengan sos tu.
Kataku :
Kumpul resepi dessert
No comments:
Post a Comment