Monday, September 8, 2014

RUMAH AKU : KIPAS DINDING

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita pasal pasang kipas dinding kat bilik kedua & bilik ke 3. Cerita asalnya memang plan nak pasang kipas dinding untuk kedua-dua bilik ni, tapi oleh sebab bajet asyik lari ke tempat lain, benda ni hold lah dulu. Setelah setahun, baru dilaksanakan. Tu pun cuma cakap-cakap kat kawan aku si Raja Pian. Dia suggest mintak tolong kawan dia buat wiring semua. Ha macam ngantuk disorang bantal busuk, terus on.

Konon-konon nak survey harga kipas kat merata-rata tempat, tapi oleh sebab kekangan masa plus aku memang malas nak merayap, aku cuma dapat survey 2 tempat je. Satu tu kat kedai letrik kat Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan satu lagi kat Giant Nilai. Harga kedua-dua tempat ni memang nampak beza. Dan pemenang hasil survey aku adalah kedai letrik kat Taman Seroja.

So, bahan-bahan untuk memasang kipas adalah :


Kipas dinding berjenama Panasonic yang dibeli pada jam 10.00 malam dalam keadaan kelam kabut.


Bahan seterusnya adalah casing yang warna putih tu untuk sembunyikan wayar yang akan berselirat. Jangan percaya pada gambar ni sebab ni saki baki yang tinggal. Aku beli 6 meter dan ada baki 3 meter lagi. Baki 3 meter tu Raja Pian beli dari aku. Yess takyah bazir.

Pastu wayar untuk sambungkan aliran letrik (xtau nak buat ayat apa). Baik beli yang warna kelabu ni terus sebab dalam tu dah ada 3 wayar utama yang ada wayar bumi, langit dan laut. Eh salah2, wayar hidup, neutral dan bumi. 

Kemudian, bahan-bahan lain adalah kotak plug dan juga plug. Ini takde dalam gambar, tapi boleh imagine sendiri kan macam mana bentuknya. Beli lah jugak paku dinding dll.

Projek ni jugak termasuk dengan merepair lampu depan toilet yang meletup masa buat open house tahun lepas. Sebelum ni dah cuba tukar mentol dan starter, tapi tak berjaya jugak. Maknanya memang terbakar isi dalam dia tu. Lagi satu, aku mintak tengokkan plug point kat dua-dua bilik tu yang tak berfungsi. Masa masuk rumah dulu, elok je function, kemudian tetiba je dia rosak.


Dah siap untuk bilik kedua. Dalam buat wiring ni, kita ada dua pilihan sama ada nak tebuk dinding dan tanam kabel wayar dalam dinding tapi jadi banyak kerja lah pulak kan? Kosnya pun akan lebih tinggi disamping akan merosakkan struktur dinding tu sendiri sebab bila dah tebuk, kena tampal balik. Tambahan lagi, kalau wayar dalam dinding ni menyusahkan sikit bila berlaku kerosakan. Bila kita guna casing macam ni, kos nya lebih rendah tapi nampak lah benda alah tu tertampal kat dinding. So, apa pilihan kau?


dah tergantung kipas kat bilik ke tiga

Dinding-dinding yang suci murni tu akan aku contengkan dengan cat warna hijau lumut yang masih belum dibeli.

Untuk keseluruhannya, duit yang dah dikeluarkan untuk projek ini adalah :-

Kipas Dinding
- RM 160.00 x 2 biji = RM 320.00

Casing / Cover Wayar (guna cuma 3 batang)
- RM 2.00 semeter x 6 batang = RM 12.00

Wayar Kelabu
- RM 3.00 semeter x 8 meter = RM 24.00

Kotak Plug
- RM 2.00 x 2 biji = RM 6.00

Plug Point (guna cuma 2 biji sahaja)
- RM 4.80 x 4 biji = RM 19.20

Lampu kalimantang pendek 
(utk repair lampu asal yang terbakar)
- RM 13.00 x 1 biji = RM 13.00

Paku untuk batu
- RM 1.00 sepeket

Upah
- RM 110.00

Total : RM 502.20

Berpuas hati sebab aku buat ni untuk jangka masa panjang. Rumah sendiri tu, mesti lah nak buat yang terbaik.

Plan seterusnya adalah nak mengecat kedua-dua bilik tu pulak. Kalau pemalas macam aku, confirm setahun akan datang baru buat. Okbai!!

Nota kaki :
Sempat singgah kedai perabot tengok lemari 8 kaki


No comments:

Post a Comment