Thursday, November 27, 2014

KENAPA MENARA CONDONG TU CONDONG?

Assalamualaikum..


Kalau kau tanya aku kenapa Menara Condong tu condong, aku pun tak tau nak bagi jawapan. Mungkin sebab struktur pembinaannya yang buat bangunan tu condong. Nak tau lebih lanjut, kau google je lah. Malas nak layan.

Memang dah lama aku nak ke Menara Condong yang terletak kat Teluk Intan ni. Bulan Sept lepas dah sampai ke sini tapi hujan lebat. So, balik dari Lumut Ahad lepas, aku ambik kesempatan singgah ke sini.

Alhamdulillah..cuaca sangat berpihak pada aku. Cerah dan panas..Macam orang gila keterujaan aku. Macam orang bangang pun ada jugak sebab rasa tak nak turun dari menara.




Tiada bayaran yang dikenakan untuk naik ke menara. FOC tapi tolong jaga kebersihan kat dalam.










Dalam menara ni diletakkan maklumat berkaitan dengan menara dan juga peristiwa-peristiwa atau sejarah di bandar Teluk Intan.

View kat dalam menara :










kita boleh tengok bangunan-bangunan yang ada sekeliling Menara Condong tapi punya banyak view, aku cuma tertarik kat deretan kedai makan ni je..maknanya?? 

 sebelum balik ambik gambar depan menara..eh abaikan lah perut yg gelembung tu. keh3

member suh pose konon-konon tengah tahan menara tu..aku pun mula la beraksi..tetiba je dia cakap dah takyah..buat malu je orang tengok..lorr!!!

Lepas puas bergambor macam foreigner berkulit gelap kat Menara Condong, aku menapak sikit ke tepi jalan sebab nak ambik gambar Balai Polis lama.. Eh..berseni ok Balai Polis tu walaupun dah ditinggalkan bersemak samun.

 macam bangunan angker tak?? tapi aku suka..


Last sekali nak tampal jugak gambar selfie selpot ala-ala gambar pasport. Konon-konon macam happy sebab keinginan nak ke Menara Condong dah tercapai.. yahooooo!!!!!!



Nota kaki:
Ujung minggu ni jadi tourist guide untuk member yang datang dari Indonesia..can't wait to see u and your family..


3 comments:

  1. saya 8 tahun lepas je masa mula2 kahwin naik menara ni. lepas tu tak naik dah.

    ReplyDelete
  2. ooooo... menara condong kerana dia x tegak kot... isshhh
    akak walaupun dah dekat dah dgn perak tapi x pernah lagi jejak di sana... seronok gak ka time cuti sekolah ni p sana..

    ReplyDelete
  3. oo fendi g 27/11/14.. iza ke situ 29/11/14...tapi jgn gelak ek itulah 1st time iza sampai kt menara condong. buat kena gelak ngan suami iza je.hehe

    ReplyDelete