Tuesday, November 4, 2014

MIRI : HARI KETIGA (MATI KUTU DI BANDAR MIRI)

Assalamualaikum...

Apa lagi yang boleh aku ceritakan pasal percutian aku kali ni? Dah masuk hari ke 3 dan hari terakhir kat bumi Miri yang kaya dengan minyak.

Hari terakhir adalah hari untuk mempack semula barang-barang dan siap-siap untuk check out pada jam 12.00 tengah hari. So, aktiviti yang aku plan cuma lah free and easy.

 matahari pagi secerah-cerahnya pada hari yang ketiga tapi sayang, aku perlu balik ke semenanjung dah..

pasti aku akan merindukan Miri. Tak tahu akan datang ke sini lagi atau tidak.

Flight balik aku pukul 7.00 malam. OMG!! apa yang patut aku buat ni sementara nak ke airport?

Sebenarnya ada satu tempat yang boleh aku pergi, tapi oleh sebab malas nak tahan teksi, so aku batalkan niat. Hahhaha.. Aku nak ke Canada Hill yang ada The Grand Oil Lady dan Muzium Petroleum Miri mula-mula tu. Bila dipikir-pikirkan balik, aku dah pernah ke sana masa first vacation aku ke Miri pada tahun 2008.

Lepas check out, aku ke Imperial Mall sekali lagi dan aku simpan beg kat tempat simpanan barang di satu pasaraya dalam tu. Puas lah aku tawaf dalam mall tu. Rasa-rasa nya dah boleh dapat haji dah tu.

Pukul 4.00 petang, aku tahan teksi dan gerak ke airport. Apa lagi yang boleh aku buat, redha je lah. Better aku ke airport dari aku merayap macam hantu tak bertuan kat town tu.

Nota kaki:
Percutian yang hurmmm..

1 comment: