Wednesday, January 8, 2014

RAJIN SANGAT BUAT DADIH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Semalam balik kerja takde benda nak buat, so sibuklah buat dadih yang senang sangat tu kan. Arahan semua dah ada, so ikut aje lah. Kalau tak menjadi tu tak tau nak cakap apa sebab memang mudah dan senang.

Cara-caranya :-

Didihkan 3000ml air, kemudian masukkan 100gm gula dan 1 tin susu cair. Kacaukan sampai mendidih dan matikan api. Selepas itu masukkan serbuk dadih jenama JeleA dan kacau dalam masa 5 minit.

Selepas itu, masukkan dalam bekas-bekas kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk. Memang best!!!!!




 


Kataku :
Benda senang, boleh la aku buat. Cuba yang rumit, memang tak lah aku nak mencuba kan..






Monday, January 6, 2014

CRUISE TASIK PUTRAJAYA KALI KEDUA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kali kedua naik Cruise Tasik Putrajaya.. Terima kasih kepada yang mengajak naik walaupun aku dah berpindah tempat kerja tapi orang PICC Sdn. Bhd masih sudi jugak nak ajak join aktiviti.

Sepatutnya kitorang naik cruise yang pukul 6.00 petang, tapi oleh sebab ada yang lambat sampai, so terpaksa tunda dan naik yang pukul 7.00 malam.

Cuaca hari tu mendung, matahari pun malu-malu nak tunjukkan diri. So tak dapat nak feeling tengok sunset dari atas cruise.

Pemandangan Putrajaya waktu malam memang cantik. Cahaya lampu dari bangunan-bangunan menjadi daya penarik paling utama. Satu pengalaman yang baru untuk diri aku.

Kalau rasa bosan-bosan tak ada benda nak buat, boleh lah naik cruise ni untuk tenangkan diri.




Kataku:
Sabtu Ahad tak keje..sangat membosankan hidup

2014 DAN AZAMNYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Eh pejam celik pejam celik tetiba dah hari ke 6 tahun 2014. Masa macam cepat je berjalan kaki kan? Tapi itulah hakikat dunia hari ini, sehari macam seminit je rasanya walaupun kadang-kadang rasa buntut kematu duduk kat opis. Tapi bila dah pukul 5 petang mesti akan cakap "eh da pukul 5..yey balik". Merepek tak sudah2 aku ni.

Tahun baru dan azam. Manusia yang punya semangat yang kuat dan gigih je yang akan capai azam yang dia buat masa awal tahun. Aku?? Macam gitu je lah. Tiap tahun buat azam, tapi hasilnya memang takde apa.

Tapi satu je azam yang aku selalu renew tiap tahun. Azam nak turunkan berat badan dengan nak naikkan muscle. Cheh...berangan tiap tahun tapi tetap tak menjadi jugak. Nama pun Fendi, buat apa-apa mesti sekerat jalan. 

So, aku list kan azam aku untuk tahun 2014 :

* Nak buang lemak dalam badan (nak kurus le tuh). Nak capai berat 75kg. Sekarang? Cannot mention dalam ni

* Nak nampak hensem & smart (oh muntah). Hilangkan jerawat-jerawat yang mencemar duli kat muka aku

* Nak cantikkan rumah..dari apartment biasa-biasa kepada kondomonium mewah (mampu ke?)

* Nak holiday dalam Malaysia. Setiap bulan akan pergi holiday tapi ikut pada kemampuan dan bajet yang ada

* Nak pergi Bali, Indonesia. Wajib pergi

* Nak pergi Melbourne, Australia atau Istanbul. OMG mana nak dapat duit ni?

* Nak tunaikan kewajiban sebagai seorang muslim sepenuhnya. Eh selama ni tak ke?

* Nak simpan duit..Make sure setiap bulan ada penyimpan

* Kena telefon mak sekerap mungkin.. (pun boleh jadi azam ke?)

Apa lagi ea azam aku? Tapi kalau banyak sangat azam nanti tak terkejar yang mana satu aku nak tunaikan. Harapan aku semoga tahun 2014 ni akan beri aku kebahagiaan, kekayaan, kedamaian, ketenangan dan menjadikan aku lebih matang untuk menempuh ujian. 


Kataku :
Eh 2014 = 30 tahun