Friday, July 18, 2014

TRAGEDI MH17

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...



Malaysia digemparkan dengan kes MH17 pula..

Innalillahiwainnailaihirajiun

Semoga penumpang yang beragama Islam di dalam penerbangan tersebut ditempatkan dikalangan mereka yang beriman

Allah ada rencananya sendiri

Nota kaki:
Macam-macam tragedi di bulan Ramadhan ni. Sentiasalah mengingati ALLAH SWT

Thursday, July 10, 2014

BUFFET RAMADHAN SKYVIEW@11 & PICC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Cuma nak buat promosi free tempat untuk berbuka puasa di area Putrajaya ni. Ada 2 tempat iaitu Skyview@11 dan PICC.

Nak review tu memang tak dapat lah sebab aku tak pergi lagi buffet ni sebab tak ada dalam plan.

Tapi kat bawah ni aku letak maklumat berkaitan buffet yang disediakan :



Kataku :
Rindunya suasana berpuasa di PICC..



DESSERT : PUDING ROTI (BREAD PUDDING)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah..puasa berjalan lancar. Time bulan puasa ni ter'rajin' pulak buat dessert untuk iftar (sesekali berbahasa Arab kan..). Google-google dalam tenet, beli bahan-bahan, balik rumah cuba buat dan terhasillah Puding Roti (Bread Pudding).

Awal-awal aku cakap yang bread pudding aku ni rupa bentuknya agak kurang menarik sebab tangan aku memang tak berseni. Tapi akak aku cakap rasanya ok dan menjadi..

Agak-agak boleh masuk Masterchef tak?? Berangan!!!

Kalau cari kat internet, memang berlambak lah resepi, tapi aku nak jugak share kat sini. Boleh jugak aku rujuk-rujuk kalau terlupa.


BAHAN A:

Roti Putih - 8 atau 9 keping
500 ml Susu Segar / 1 Tin Susu Cair
Kismis atau Prune (ikut suka)

BAHAN B: 

2 Sudu Besar Margerin / Mentega
4 Sudu Besar Gula
1 Sudu Teh Esen Vanilla
2 atau 3 Biji Telur
1 Sudu Besar Tepung Jagung

Cara-caranya :

  • Carik-carikkan roti dan susun di dalam bekas loyang dan tuang susu segar/susu cair dan biarkan rendam. Taburkan kismis / prune. Ketepikan dahulu.
  • Di dalam satu bekas lain, masukkan margerin/mentega dan gula. Gaul sebati.
  • Masukkan esen vanilla, telur dan tepung jagung dan pukul sampai cantik rupanya (sekata/sebati).
  • Kemudian, tuangkan bancuhan tersebut di dalam bekas roti yang direndam susu tadi.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah dalam masa 30 minit.
Nak makan puding roti ni perlu ada sos kastard, bahan-bahan dan cara-caranya macam kat bawah ni :

BAHAN-BAHAN:

1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Tepung Kastard

Cara-caranya :

Masukkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Terpulang kepada tukang yang buat tu sama ada nak pekat atau nak cair.

 

 macam ni rupanya bila dah siap..macam aku cakap, aku ni tak kreatif, so rupa bentuk nya pun ala kadar je lah

Untuk percubaan pertama ni, aku tak buat sos kastard tu sebab lupa nak beli tepung kastard. Mungkin untuk percubaan ke dua nanti, aku nak try buat dengan sos tu.

Kataku :
Kumpul resepi dessert







Thursday, July 3, 2014

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Bulan yang baik dari seribu bulan..
Semoga Allah SWT merahmati dan menerima amalan kita di bulan Ramadhan ini..

Aku target nak buka puasa kat rumah je untuk Ramadhan kali ni..

InsyaAllah..



Kataku:
Serba sederhana