Wednesday, January 21, 2015

HI-TEA DI SECRET RECIPE, CYBERJAYA

Assalamualaikum...

Aku telah di "paw"!!!

 Sempena dapat bonus kerajaan, kawan aku mintak belanja SR. Katanya dia craving cake kat SR. So, dia ambik kesempatan la tuh. Mintak aku belanja..Keh2.. Eh, actually ok je sebab sebelum2 ni dia banyak je belanja aku kalau kitorang hang out dan sesi mengadu nasib. Orang swasta kan gaji besau, tu yang dia rajin sangat bayarkan makanan aku.

Jadinya sesi Hi-Tea kitorang adalah pada Sabtu lepas. Lepak-lepak kat SR Shaftbury Cyberjaya.

Yang best nya cuma kitorang dua ketul je yang ada dalam tu. Dah macam berdating pulak kan? Dalam masa duk makan2 tu ada jugak lah orang yang datang beli kek tapi take away je. Lantak lah, asalkan dapat lepak2 dan yang penting aku takde lah terperap kat rumah je.

Pastukan, ada less 50% untuk harga kek kalau kita beli coffee. Aku ni dah le sedaya upaya tak nak minum kafein, tapi terpaksa jugak minum semata-mata nak dapatkan less tu. Tapi valid untuk Hi-Tea je lah ye.



 chocolate banana cake dan red valvet cake.. berdosa weh makan kek bagi orang tengah diet

 minuman kitorang berserta dengan caesar salad..gagahkan diri taknak makan benda lain selain dari kek dan salad.

terkulat2 muka mengunyah salad..

Nota kaki:
Memang teringin nak makan kek, bila dah ada orang ajak, aku on je lah..sekali sekala boleh la


3 comments:

  1. Adui...dua2 kek tu fav. saya n anak tu. mau terjah SR petang ni..

    ReplyDelete
  2. satu slice kek bersamaan dengan 15 sudu gula...ihihihihi saja nak bagi lagi rasa berdosa makan kek masa diet :p

    ReplyDelete
  3. @monalea - cc..harus terjah ke SR..jgn brtangguh..
    Ann Ishan - hahha brtmabh2 lg la rse brdosa..

    ReplyDelete