Monday, March 2, 2015

MEMBAZIR TEMPAH BAJU

Assalamualaikum...


Melayang duit sebab pergi tempah baju tapi hasilnya sangat mengecewakan. Sebelum ni ada cerita pasal beli kain bercorak batik kat Central Market. Niat hati memang lah nak buat baju batik buat pakai hari Khamis.

Entah kat mana silapnya baju yang siap tu besar. Ok, aku terima kenyataan yang aku memang bersaiz besar dan tinggi tapi jangan lah melampau sangat buat baju besar-besar untuk aku.

Masa buat ukuran, dah elok sangat dia ikot baju kemeja yang aku pakai. Tapi bila baju dah menjadi, aiyak..menangis tengok baju tu.

Bahagian lengan sangat lah besar. Nasib baik upah jahit tak mahal mana. Walaupun tak mahal tapi rasa burn pulak RM70.00 tu. Sabor je lah selagi boleh bersabor.

Aku dah cuba hantar alter kat tailor yang lain tapi malangnya tailor2 tu kata baju kalau dah besar macam tu, susah nak di alter sebab nanti akan lari banyak. Kalau nak kecikkan pun cuma 1 inchi je boleh. Hurmmm... takde rezeki nak pakai baju tu. Actually sempat pakai sekali je tapi aku cover dengan jacket. Baju tu pun agak tak selesa bila dipakai.

Jadi lepas ni, bila nak tempah baju atau seluar, kena make sure ukuran tu betul dan jangan ragu-ragu mintak ukuran yang kita selesa. Jangan main iyakan je apa yang tailor tu ukur.

Dalam kes aku, masa diuukur tu dah ok tapi bila siap lari dari ukuran asal.

Pasrah...  


Nota kaki:
Pernah tempah suit masa keje kat PICC. Suit tu hancuss sebab ukuran lari..Jadi hiasan kat lemari  je la jawabnya

1 comment: