Assalamualaikum...
23 Mac 2015 (Kuta)
Bangun tidur, terus siap-siap untuk breakfast. Aku dah check in untuk hotel kedua di Kuta. Hotel yang aku inap adalah Agus Beach Inn. Harga untuk 2 malam adalah RP384.000(RM111.36). Bilik aku betul-betul bersebelahan dengan receptionist.
Perancangan awal aku untuk hari ke-4 adalah sewa motor dan gerak ke Tanah Lot. Masa lepak-lepak di lobi hotel, aku berbual dengan seorang Indonesian ni. Dia bercuti dengan sepupu dia, kemudian dia ajak aku ke Tanah Lot sama-sama. Aku cakap tunggu aku dapat sewa motor baru aku bagi kata putus.
Lepas breakfast, aku jenjalan ke pantai sekejap. Mengambil angin laut di awal pagi katanya. Padahal setiap masa aku ke pantai. Apa jadahnya pun aku tak tau.
Dalam pukul 10.00 pagi, aku berjaya sewa motor skuter dengan bayaran RP60.000(RM17.40) selama 24 jam. Gembira sangat bila dapat sewa motor, tapi bila aku bapak owner motor ni, lesen Malaysia boleh guna di Indonesia ke tidak? Dia cuma senyum dan jawab kalau kena tahan dengan Pak Polisi, hulurkan sahaja RP50.000. Aiyak RP50.000 tu bersamaan dengan RM14.50 tau tak? Semalam masa aku ke Uluwatu, ada dalam 2 roadblock. Kalau hari ni aku pergi Tanah Lot dan ada roadblock macam mana? Kalau tiba-tiba ada 3 atau lebih roadblock??
Aku dah serba salah. Terus aku batalkan niat nak ke Tanah Lot dan aku Whatsapp kat mamat Indonesian tu bagitau tak jadi nak follow. Aku terus gerak ke Krishna dan sebelum tu aku isi petrol RP18.000(RM5.22) untuk full tank.
Kau tau Krishna tu tempat apa? Itu adalah tempat shopping souveniours atau ole-ole Bali. Kat situ kau boleh dapatkan T-Shirt, makanan dan juga lain-lain ole-ole. Aku tak rancang nak beli souveniours banyak-banyak. Sebagai nak cukupkan syarat dan singgah ke Krishna, jadi aku beli makanan untuk aku dengan harga RP37.000(RM10.73). Bayaran parkir motor pulak RP2000(RM0.58).
Bayaran Hotel : RM111.36
Hotel ini penuh dengan ciri-ciri Bali.

Pusing punya pusing, tak tahu nak beli apa. At last, beli lah dua benda ni untuk isi perut di tengahari.
Bagi yang suka shopping beriya sangat tu, dicadangkan singgah ke Krishna. Orang kata di tempat lain ada juga yang harga barangnya murah-murah tapi aku tak pergi pun.
Tengahari sangat lah panas. Aku cuma pakai short dan t-shirt lengan pendek. Kulit yang memang dah gelap ni bertambah-tambah gelap sebab berjemur.
Aku dah tak nak pergi tempat lain dan aku putuskan untuk balik ke hotel sahaja. Dalam perjalanan balik, ada roadblock. Hahhaha...matilah aku. Nasib baik Pak Polisi tak tahan. Alhamdulillah!!!
23 Mac 2015 (Legian)
Bila hari dah petang dan redup-redup, aku keluar semula untuk lepak di Pantai Legian.
Hotel Pullman Legian, Bali.
Kotor kan pantai dia? Sampah bersepah-sepah.
Dioffer untuk surfing. Hehhe takpe, tak berminat.
Pekena KFC di Kuta Square. Ayam 2 ketul dan nasi organik. Makan ayam KFC dengan nasi. Layankan lah.
Petang-petang hari, perut dah lapar. Jadi aku singgah ke KFC di Kuta Square dan pekena ayam KFC dengan nasi. Harganya RP47.000(RM13.63).
23 Mac 2015 (Seminyak)
Orang kata, pemandangan sunset tercantik adalah di Seminyak. Tapi iye ke tidak?
Dari Kuta - Legian ke Seminyak tidaklah jauh mana. Dalam 15 mins je dah sampai dengan menunggang speda motor.
Masuk adalah percuma. Parkir juga percuma. Pantainya biasa-biasa sahaja. View sunset sama juga seperti di Kuta. Mungkin yang orang kata view cantik tu bila kau dalam suasana romantis duduk minum-minum di kafe mewah di hotel-hotel tepi pantai tu.
Banyak jualan makanan tapi yang tak menyeronokkan bila peniaga melayan dan beri makan kepada anjing di tepi gerai jualan mereka. Potong stim betul lah. Di pantai juga banyak anjing berkeliaran. Anjing-anjing tu tak kacau orang pun.
Amaran Tsunami.
Anjing pun nak mandi laut
Bersantai-santai di tepi pantai.
Macam ada emas di kaki langit
Kat belakang tu kafe untuk hotel-hotel mewah
Syiok sendiri kat tepi pantai.
Perbelanjaan yang dikeluarkan :
Bayaran Hotel : RM111.36
Sewa Motor 24jam : RM17.40
Petrol : RM5.22
Makanan di Krishna : RM10.73
Parkir : RM0.58
Petrol : RM5.22
Makanan di Krishna : RM10.73
Parkir : RM0.58
Jumlah : RM145.29
Nota kaki:
Rugi sebab tak pergi Tanah Lot. View best tu..
Nota kaki:
Rugi sebab tak pergi Tanah Lot. View best tu..
yup ramai yang kata seminyak cantik xpecially sunset dia tapi bila tengok gambo ni, cam biasa je...ermmm
ReplyDeleteboleh tahan jugak rate harga KFC kat sn bih kurg sm dgn KL je. Eh, fendi g sorang je ke?
ReplyDelete