Assalamualaikum...
Pakaian yang masih elok dan tak mahu dipakai jangan terus dibuang. Boleh asing-asingkan dan lipat elok-elok dan dermakan kepada mana-mana NGO yang bertanggungjawab.
Kalau di Putrajaya ni, selain daripada Pusat Kitar Semula di Presint 9, kita juga boleh dermakan pakaian melalui tong besar warna putih yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan kawasan perumahan penjawat awam. Di mana-mana pun ada, jangan kata tak jumpa kecuali kalau memang tak nak ambik tau atau memang malas nak mencari.
Oleh sebab sekarang ni dah tahun 2015 dan aku perlu kurangkan kuantiti pakaian yang ada di rumah, jadi aku asingkan sikit-sikit pakaian yang mana tak mahu dipakai lagi. Banyak-banyak kat rumah pun buat berhabuk je. Kalau macam aku ni, bukan semua baju nak aku pakai ulang-ulang. Mana yang ternampak dan tercapai dek tangan, tu lah yang aku sarungkan.
Hasilnya dapatlah dikumpulkan dan aku letak di dalam tong di Presint 15. Sebenarnya pakaian atau apa jua yang kita dermakan tu akan dijual semula dan hasil jualan akan dibahagi-bahagikan kepada 3 persatuan yang berkenaan. Boleh tengok di bahagian badan tong putih tu.
InsyaAllah, ini pun salah satu amal kita untuk mereka yang memerlukan. Pastikan baju semua masih elok dan tidak koyak ye. Walau pun namanya pakaian terpakai tapi jangan buat perangai nak bagi yang dah rupa macam kain buruk pulak.
Antara pakaian yang aku berikan adalah jaket (dah tak nak pakai jaket tu), blazer (banyak sangat blazer yang ada,bukan aku guna pun), baju melayu, baju kemeja (ada baju yang orang hadiahkan sempena birthday) dan juga baju-baju t-shirt yang aku baru pakai cuma sekali dua saje.
Bila tengok almari baju dah ada ruang kosong, rasa lega sikit. Selama ni asyik fikir nak letak mana baju-baju tu semua.
Nota kaki:
Niatkan hati untuk membantu mereka yang memerlukan.
terima kasih kongsi ea
ReplyDelete