Assalamualaikum...
11 April 2015
"Balik kampung..ooo balik kampung.."
Kalau bukak lagu ni time bulan puasa, mau nya hati meronta-ronta nak balik kampung. Tapi, oleh sebab bukan musim raya, feel tu takde lah berapa sangat kan..
Sabtu lepas balik kampung. Ambik cuti hari Isnin, dapatlah 3 hari di kampung.
Awal pagi lepas Subuh dah gerak dari Salak Tinggi. Macam biasa, dari Salak Tinggi akak aku yang drive. Aku jadi tuan besar duduk kat sebelah sambil main HP dan tidur. Dah masuk Johor nanti baru aku sambung drive sebab jalan kat Johor banyak lori, akak aku takut.
Aktiviti wajib aku bila sampai je kampung adalah tidur.
Bangun tidur, terus potong kek besday anak buah aku. Besday dia sebenarnya 28 April nanti, tapi ntah kenapa mak dia beriya nak celebrate awal. Tengok lah kek tu, JDT pulak. Taknak kalah.. Padahal anak dia pompuan. Kecik-kecik dah jadi penyokong tegar JDT.
Petangnya, kitorang adik beradik keluar pergi ke Tasik Biru, Bandar Seri Alam Masai, Johor.
Tasik Biru ni merupakan kawasan larangan sebab tempat ni bahaya. Ia merupakan kawasan bekas kuari. Jadi, asid-asid telah menyebabkan air tasik berwarna biru. Kiranya punca air tasik berwarna biru bukan sebab semulajadi.
Kebiasaannya ada polis jaga kawasan ini dan orang ramai tak dibenarkan untuk naik ke atas demi keselamatan diri. Kawasannnya adalah kawasan tebing tinggi dan juram. Memang kalau bahagian tebing tu runtuh, Innalillah jawapannya.
Lokasi : berdekatan dengan UNIKL, Bandar Seri Alam.
Laluannya macam kat bawah :-
Memang kena panjat memanjat dan langkah-melangkah sikit tapi tebing-tebing tu bukan tinggi mana. Masih mampu dan tak perlukan stamina yang tinggi. Yang penting, bagi wanita jangan nak pakai heel bagai. Kau ingat nak pergi shopping mall?
Nampak tak kebiruan airnya? Nampak dalam gambar macam tak cantik sangat biru tu, tapi in real, biru ni mendamaikan. Tak berani aku nak gerak ke hadapan lagi sebab tak yakin dengan keutuhan tanah.
Kat sini ramai yang buat photoshoot untuk pre-wedding. View cantik..
Itu adalah UNIKL. Sebelahnya ada MRSM.
Muka cover cuak.
Selesai di Tasik Biru, kitorang pergi pasar malam Taman Air Biru. Ok, jangan keliru pulak. Taman Air Biru tu nama taman di Pasir Gudang. Takde kena mengena dengan Tasik Biru yang aku storykan tu.
Pasar malam Taman Air Biru ni antara pasar malam yang terbesar di kawasan P.Gudang tapi sayangnya kalau ke sini rasa macam bukan berada di Malaysia. Pengunjung-pengunjungnya adalah orang Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Indonesia. Nak tengok muka orang Malaysia, memang boleh kira dengan jari. Jari tangan je dah cukup, tak perlu jari kaki nak mengira.
Nota kaki:
GST menyakitkan hati. Nak key in dalam sistem eP pun menyusahkan.
syoknya balik kampung
ReplyDeletetu lah..best je rasa bila dduk kg.rse mcm nk pindah blik kg pn ada ni.
DeleteParking kete katne? tepi situ je bole ea?
ReplyDeletemsa saya pergi tu park tepi jalan saje. sekarang ni tak pasti kalau dah ada peraturan atau tak..
Deletesekarang diorang dah pasang pagar .
ReplyDelete2 minggu lepas pergi ngan kawan, ada guard halang masuk. Pastu pujuk2, masuk laluan satu lagi yang sangaaaaaaaat jauh. Tapi bila tgk pemandangan. hilang penat.
demi utk kslamtan jgak tu.maklum jga,tempat tu agak bahaya..
Delete