Tuesday, August 4, 2015

FAMILI DAY - SEKSYEN KEWANGAN BAH.1

Assalamualaikum...

"WorkFunTogether"

Begitulah tema famili day Seksyen Kewangan yang sudah pun berlangsung pada 01 - 02 Ogos 2015.

Famili day diadakan di Puteri Beach Resort, Port Dickson. Kitorang book dari bulan Jun 2015. Alhamdulillah masih banyak bilik kosong.

Aku gerak sendirian dari Salak Tinggi ke Port Dickson. Ikut jalan dalam sebab aku suka jalan lama dari masuk ke highway tu. Dari Salak Tinggi ke Port Dickson dekat je. 

On the way tu sempat singgah Lukut untuk beli buah tembikai. Last minute dapat tugasan beli buah. Nasib baik PD tu berlambak kedai buah.

Korang tau kan lokasi Puteri Beach Resort ni?

Ikut signboard Politeknik Port Dickson dan jalan terus sampai jumpa kem askar (kut la) sebelah kanan. Nampak ada kereta kebal tu, kemudian masuk kanan. Bersekali dengan laluan ke Ilham Beach Resort (PNB).

Waktu aku sampai, boss Seksyen dah sampai dulu tapi dia tak boleh nak check in sebab hotel tu dibook atas nama orang lain.

Jadi akulah orang pertama yang masuk bilik. Hehehehee.. Aku ambik bilik studio.

Nombor bilik 304. 

Bila masuk je.......Ternganga jap..

Besar kut studio room ni. Tengok la betapa luasnya ruang depan tu. Next time boleh bawak geng reramai. Hamparkan toto tidur atas lantai. Aku snap gambar dari arah pintu masuk. Sebelah kiri aku adalah toilet.

Ini aku snap dari arah tingkap. Wardrobe besar. 3 pintu. Sejadah dan arah kiblat pun disediakan.

 Ada sebiji fridge. Dalam tu tak ada isi. Sebiji tv gemok yang ada keluarkan bunyi bising. TV bersekali dengan  Astro tapi selected channel je dia bagi.

Tengok lah ekon tu. Sendu je. Aku pangkah TV dan ekon sebab dah buruk. Yang lain-lain bagi aku dah okay.

 Jamban okay. Selesa untuk membuang.

Shower pun okay. Air laju giler. Ada air panas dan sejuk. Tapi orang kampung macam aku setiap kali masuk hotel mesti tak pandai adjust air panas tu. Nasib baik tak melecur "harta berharga" aku. Yang tak okay bilamana pihak hotel tak letak tirai pembahagi antara tempat shower dan juga jamban. Bila mandi tu, lantai di bahagian jamban akan basah. Ke sebab aku mandi macam gajah???


Bilik hadap view laut.

Kalau nak diikutkan, aktiviti petang akan bermula pukul 4.30. petang. Tapi oleh sebab masing-masing penat dan ada di antara kitorang yang sampai agak lewat, jadi aktiviti dilambatkan sedikit. Dalam pukul 5.30 petang baru aktiviti bermula.

Nak tau ke aktiviti apa petang tu??

Senamrobik dan sukaneka je uolls..

Nanti aku sambung di bahagian ke 2.

Sebelum tu aku sempat lah tinjau-tinjau kawasan pantai. Not bad pantai dia. Aku suka dan aku bagi 4 bintang sebab mendamaikan dan angin kuat.

 Nampak tak Lexis Hibiscus tu?. Kalau malam lagi cantik. Siap ada air pancur warna warni. Bila lah dapat check in kat situ. Berangan saje lah yang aku mampu.





 Ini boleh disewa dengan kadar harga yang telah ditetapkan. Tak try pun. Next time je aku try.




Pandangan hotel dari arah pantai. Ada kolam dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.

Notakaki:
Puas hati dapat tengok laut.

No comments:

Post a Comment