Monday, September 21, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA

Assalamualaikum,

Astaka Morocco, Presint 1 Putrajaya.

Lama dah tau kewujudan tempat ni tapi baru semalam singgah. Itu pun sekadar saja-saja nak singgah.

Senibina yang menarik dan sesuai untuk mereka yang gemarkan fotografi.

Terletak di Presint 1, bersekali dengan Taman Botani. 

Bagi yang tak tahu kedudukan tempat ni, boleh sahaja guna GPS :

Coordinates  2°56’35.3″N 101°41’37.0″E

Di dalam Astaka Morocco ni jugak ada ruang pameran dan tidak dibenarkan mengambil gambar tapi aku tak masuk pun. Mungkin lain kali boleh masuk.

Tempat ni cantik cuma bahagian kolam-kolam tu kena sentiasa cuci. Berkeladak sangat.

Bila masuk sini, rasa macam berada di satu dunia yang lain.

Acah-acah pose

Mula buat perangai.

Nota kaki:
Boleh jadi port lepak petang-petang sebab hadap tasik

1 comment: