Monday, March 28, 2016

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | MUAR, JOHOR

Assalamualaikum...

Sambung cerita perjalanan ke Muar, Johor. Kitorang keluar dari Freeport A'Famosa dalam pukul 1.30 petang. Dalam kereta sempat lagi bincang itinerary kitorang ni. Walaupun konsep kitorang ni konsep "main redah" je, tapi kena juga plan sikit-sikit.

Oey nak sangat bermalam di Muar, tapi aku yakinkan dia yang Muar mungkin waktu malam tak berapa nak "happening" dan aku cadangkan supaya bermalam saje di Melaka. Muar dan Melaka tak berapa nak jauh kan? Ok, kami dah capai kata sepakat. Confirm tidur di Melaka sebab nak ke Jonker Walk malamnya nanti.

Tapi sekarang ni ke mana hala tuju kitorang? Dah janji dengan Anyss nak sampai ke kafe dia dalam pukul 6.30 petang tapi rasanya mungkin kitorang akan sampai awal. Macam aku cakap, Muar aku memang tak familiar. Cuma aku tahu yang Dataran Tanjung Emas antara tempat yang glemer. Kitorang onkan GPS dan memandu menuju ke Dataran Tanjung Emas.

Sebelum tu sempat singgah RnR untuk solat dan singgah untuk topup Touch n' Go.

Lebih kurang pukul 3.00 petang, kitorang dah sampai Muar. Kat otak aku dah setkan Mi Bandung Muar. Wajib cuba kalau dah sampai Muar walaupun sebenarnya kat area KL ni pun banyak orang berniaga Mi Bandung. Oey makan rojak petis. Aku suruh dia makan nasi dengan asam pedas tapi di tak nak. Aku tak boleh la nak makan nasi sebab sekarang tengah berpantang nasi. Diet KONONNYA...


 Tadaaaaa....licin dah Mi Bandung aku. Maap lah, gambar sebelum tak diambil sebab kiri kanan orang ramai. Segan pulak. Tapi lepas makan tak malu pulak nak ambil gambarnya.

Masa di food court ni ada satu cerita jadi. Selepas kitorang habis makan, aku keluarkan hp dan belek-belek hp. Actually aku belek-belek gambar dan reply whatsapp sepupu aku. Oey pun buat benda yang sama. Tetiba dengar pulak brother kedai makan tu cakap dengan pekerja dia yang kitorang ni masing-masing hadap handphone. Tengah makan dan tengah lepak pun masih pegang handphone. Masa dengar tu memang "sentap" sekejap tapi memang betul apa brother tu cakap. Aku pun sedar situasi dan perkara macam ni kerap sangat aku buat.

Zaman sekarang ni, kalau tak pegang handphone memang tak sah agaknya kan? Aku cubalah kurangnya benda-benda macam ni. InsyaAllah...Satu pengajaran dan kesedaran untuk aku sendiri.

Selesai makan, kitorang lepak jalan-jalan di tepian Sungai Muar. Petang-petang kalau lepak dengan famili mesti lagi syiok. Eh lupa nak bagitau. Muar dengan Batu Pahat sebenarnya dah dekat je tapi aku tak singgah rumah nenek aku kat Batu Pahat tu. Derhaka sangat cucu macam ni eak? Cucu lupa daratan.

Pentas utama Dataran Tanjung Emas, Muar

Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim. Allah Peliharakan Sultan. I am Johorean!!!!


 Pengisyhtiharan Muar sebagai Bandar Maharani Bandar DiRaja oleh Sultan Johor

Korang baca sendirilah ye tulisan jawi ni. Masa aku baca ni Oey tanya "reti ke baca jawi? merangkak-rangkak la tu baca".. wah2..sedap je nak membahan aku..Alhamdulillah aku masih lancar baca jawi. Orang Johor kalau tak pandai baca jawi, memang kena buang negeri lah jawabnya.

Sungai Muar. Hujung sana ada Jambatan Sultan Ismail dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim 2.


Orang Muar mesti dating kat sini petang-petang kan?

Jogging pun best petang-petang macam ni.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Warna biru kat tiang-tiang tu cantik kan? Datang idea nak cat rumah dengan warna biru tu.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim 2. Umpama cermin bagi masjid pertama tadi. Kedudukan masjid ni di seberang sungai sebelah sana.

Sebatang pokok di tengah laman.

Sang teruna tengah melayan perasaan. Nak cari gadis Muar lah pulak.

Bukti aku dah sampai Dataran Tanjung Emas. Check out dulu.

Kat kawasan sini banyak bangunan-bangunan lama. Aku memang suka dengan bangunan-bangunan antik sebab jiwa aku kan jiwa orang lama. Keh2.. sayangnya tak berkesempatan nak ambik gambar sebab kitorang kena cepat singgah jumpa Anyss dan gerak ke Melaka.


 Bangunan Kastam Di-Raja Malaysia, Muar Johor



STEAK & CAKE HOUSE

Kitorang janji dengan Anyss nak sampai di kafe dia dalam pukul 6.30 petang, tapi terpaksa diawalkan sebab kalau boleh kitorang tak nak sampai ke Melaka sebelum malam. Ini pun kitorang main terjah je ke kafe dia tanpa bagitau awal. Biar dia terkejut tengok kitorang sampai awal. Hahha keji punya kawan kan?

Kalau korang dah sampai Muar dan nak mencuba rasa steak dan kek hasil tangan kawan aku ni, alamatnya seperti di bawah :-

Steak & Cake House

23, Jalan Perniagaan Jaya
Pusat Perniagaan Mas Jaya
Muar, Johor.

Anyss memang master dalam kek dan tunang dia pulak master dalam steak.

Aku order lamb chop dan sos dia sedap okay!! Siap jilat-jilat garpu. Teruk perangai.

Sayangnya kitorang dapat berbual dengan Anyss sekejap saja sebab dia busy. Dia tukang buat air sebab staff masih belum ramai. Satu kebanggaan dari seorang kawan untuk kawan bilamana nampak perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan menggalakkan. Sepanjang kitorang duduk lepak tu, orang sentiasa datang dan kafe sentiasa ada orang. Aku doakan semoga perniagaan Anyss dan tunang dia semakin maju. Amin!!!!!!

Memang suka tunjuk gambar pinggan yang kosong je. 

"Good Friends Don't Let You Do Stupid Things"

1 comment:

  1. saya suka muar.makanan dia dan suasana dia membuatkan saya nak dtg lagi

    ReplyDelete