Monday, March 7, 2016

LAWATAN KE PUSAT KECEMERLANGAN TEKNOLOGI NASIONAL MALAYSIA

Assalamualaikum...

Hari Khamis lepas aku langsung tak berada di pejabat sebab kena follow pergi Pusat Kecemerlangan Teknologi Nasional Malaysia (PKTN), Taboh Naning, Alor Gajah Melaka yang masih dalam proses pembinaan. Sebenarnya dah 70 % siap, jadi dapatlah kitorang tengok-tengok struktur bangunan dan apa yang ada di persekitarannya. Pusat latihan ni akan beroperasi di bawah JKR.

Tujuan lawatan ni sebab nak cari ilham untuk pembinaan dan pembangunan Fasa 2 pusat latihan yang beroperasi di bawah jabatan yang aku kerja ni. Aku ni bukanlah orang penting pun dalam projek ni. Kalau pergi lawatan pun, kena jadi photographer. Lepas tu mula lah ada suara-suara yang duk mengarah suruh ambik gambar tu, ambik gambar ni walau hakikatnya apa yang disuruh tu aku dah ambik pun gambarnya.

Bak kata member aku, "redha je lah layan orang-orang perangai macam tu"..

Redha tu redha lah jugak kan, tapi kalau hati aku dah panas, tak jadi redha dah tu. Eh tiba-tiba marah pulak ye. Keh3..

Yang bestnya, pusat latihan ni terletak betul-betul berhadapan dengan A'Famosa Resort Melaka. Berdekatan juga dengan Freeport A'Famosa Outlet. Hiduplah cacing bagi sesiapa yang dapat berkursus kat sini nanti tapi pusat latihan ni dibuka untuk mereka yang bekerja dalam skop engineering je. Kalau nak merasa duduk di pusat latihan ni, kena mintak jabatan korang sewa dan anjurkan kursus. Dengar-dengarnya jabatan aku nak cuba mohon sewa pusat latihan ini dan buat bengkel kalau dah siap nanti. Entah merasa ke tidak aku ni nanti.

Aku selitkan sikit gambar, sikit je. Nanti tak suprise pulak kan..

 Colornya sangat JKR kan? Kuning dan kelabu gelap. Dari jauh dah tau bangunan ni kepunyaan JKR.

 Bangunan makmal.

 Sebelum lawatan tapak, ada sedikit taklimat. Meja pun sempoi je, bangunan belum siap sepenuhnya.


 Lawatan tapak dalam makmal. Segala jenis perabot yang ada akan dijadikan contoh untuk kegunaan jabatan kitorang nanti.

Makmal bagi pembelajaran kren yang digunakan oleh kontraktor. Hebat JKR.

Salah satu makmal di PKTN Melaka.

Selesai lawatan tapak di dalam bangunan, kitorang di bawa melawat bahagian luar. Kena naik 4 wheel drive. Kalau naik kereta biasa, memang tak lepas. Berangan kejap lah aku, berangan jadi engineer yang melawat kawasan. Gituh.. Zaman SPM dulu belajar tak berapa nak pandai, dah tua ni mampu berangan je lah ye.




 Kantin katanya ni. Kat sini angin sangat kuat, debu-debu pun tebal. Korang makan debu ke makan nasi?

Bilik contoh. Single sharing tapi katilnya kecik. Kalau aku tidur memang terjulur kaki.

Selepas selesai sesi lawatan, kitorang di bawa ke A'Famosa Resort untuk lunch. Betul-betul rezeki. 

Terimbau balik memori masa baru-baru masuk keje gomen. Kitorang ada kursus kat A'Famosa Resort ni dan aku jadi salah seorang urus setia. Boss dengan CC semua best-best, rasa betul-betul enjoy.




Aku memang aim dessert je. Tak kisahlah tahap potong kaki pun, yang penting puas hati.

Balik dari Melaka, kitorang singgah ke Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson yang diuruskan oleh Puteri Beach Resort. Kenapa datang sini pulak?

Minggu depan kitorang ada bengkel kat sini dengan pihak JKR. Aku jadi urus setia je dan aku dah aim nak mandi laut. Haruslah kita setkan matlamat kan??


Nak mandi laut!!!!!!!!!

Minggu ni kitorang buat persiapan sikit-sikit untuk bengkel minggu hadapan. Harap-harapnya semua berjalan lancar.

Okbai!!!

6 comments:

  1. kalau makan kat hotel kat tpt desert memang saya aim dulu. hahaha. org pembangunan ni memang sibuk manjang

    ReplyDelete
  2. assalam, nak Tanya. dekat betul ke dgn exit simpang 4 alor gajah?. ada kuartes tak dekat situ?.. saya plan nak mintak transfer ke situ. Dekat la sikit dgn parent yg duduk di Muar.

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak dapat berikan jawapan sebab saya sendiri tak pasti. kami datang hanya untuk melihat bangunan sbg rujukan pembinaan pusat latihan pejabat kami.

      Delete
    2. Mmg dekat betul dgn exit simpg ampat alor gajah tu bg yg nak ke pusat latihan ni..simpang utk ke pusat latihan terletak betul2 depan a famosa. Bercadang utk transfer ke JKR alor gajah ke?

      Delete