Wednesday, May 25, 2016

SPRING IN SEOUL | DAY 4 CHANGDEOKGUNG PALACE

Assalamualaikum...


Dah masuk hari ke-4 di Korea. Bangun tidur masih lagi diselubungi kesejukan. Macam biasa rutinnya. Sediakan breakfast. Breakfast kitorang hari ini adalah Oat dan juga mee segera. Sekadar untuk mengalas perut agar tak lapar macam semalam.

Hari ini kitorang akan menjelajah istana-istana lama di Seoul, Korea. Aku peminat seni. Tak kira senibina bangunan ataupun seni lukisan. Semua aku minat. Jadi, aku harap Mus dan TJ pun berminat jugalah dengan tempat yang kitorang akan pergi ni. First tempat yang akan kami terokai adalah Changdeokgung Palace. Istana ini beroperasi setiap hari dan tutup setiap hari Isnin.

Cara dari Itaewon ke Changdeokgung Palace :

Itaewon St. (laluan Bonghwasan) - turun di Yaksu St. - tukar Line 3 (laluan Daehwa) - turun di Anguk St., Exit 3

Bila keluar dari station subway tu, jalan je terus sampai nampak istana di sebelah kiri. Jalan dalam 5 minit kalau tak silap. Kaunter tiket ada di bahagian luar. Kalau nampak orang tengah beratur, kat situlah tempatnya.

Untuk istana-istana ni, kita boleh beli tiket bagi setiap istana ataupun beli sekali pakej. Kalau beli pakej lebih menjimatkan tapi bukan semua istana kita nak pergi kan? Oleh sebab kitorang aim dua istana iaitu Changdeokgung dan Gyeongbukgung, so kitorang pun beli tiket yang berpakej ni.

Royal Pass (4 palaces & 1 shrine) termasuk Secret Garden di Changdeokgung = 10,000KRW(RM35.00)

Pakej ini termasuk :

* Changdeokgung Palace
* Gyeongbukgung Palace
* Changgyeonggung Palace
* Deoksugung Palace
* Jongmyo Shrine

Tiket ini valid dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian.

Di antara lima tempat ni, dua sahaja yang glemer dan kerap dikunjungi sebab punya daya tarikan iaitu Changdeokgung (sebab ada Secret Garden) dan Gyeongbukgung (sebab ada guard changing ceremony). 

Kitorang sampai di istana ni dalam jam 9.45 pagi, waktu operasinya bermula jam 9.30 pagi. Jadi, kitorang terus je masuk sebab tak sabar nak ke Secret Garden pukul 11.30 pagi.


Papan tanda di hadapan istana.


 Tiket istana dan tiket Secret Garden

Untuk masuk ke Secret Garden, pelancong tak boleh suka-suka masuk. Kena ada tourist guide. So, masa beli tiket tu kena maklumkan nak ambik tourist guide yang bahasa apa. Kitorang ambil yang English punya. Hanya 100 tiket sahaja yang akan dijual bagi satu-satu bahasa. Jadi, jangan terlepas peluang.


Tourist Guide English 
11.30am, 13.30pm, 14.30pm, 15.30pm (Feb-Oct)

Tourist Guide Korean 
10.00am, 11.00am, 13.00pm, 14.00pm, 15.00pm, 13.45pm, 14.45pm(Apr-Jun, Sep-Nov), 16.00pm(Mar-Oct), 16.30pm(Jun-Aug)

Chinese
12.30pm

Japanese
10.30am






Changdeokgung Palace ni tidaklah besar mana, sementara nak masuk ke Secret Garden tu boleh je marayau-rayau tengok tempat lain tapi kitorang ni jenis tak menyabar. Gigih je tunggu depan pintu Secret Garden tu. Idea siapa lah tu kan? Yang pasti bukan idea aku.

Sedikit info berkaitan Changdeokgung Palace :

Changdeokgung was constructed in 1405, the fifth year of King Taejong. It was secondary palace of Gyeongbukgung, the main palace. All the main palace buildings were destroyed by fire during the Japanese invasion in 1592. The Changdeokgung complex was inscibed on the UNESCO World Cultural Heritage Lis In 1997 for its outstanding architecture and a design that is in harmony with the landscape.

Sedikit gambar-gambar disekitar pintu masuk Secret Garden :


 Atap-atap bangunan.






Pagar belah kanan tu pintu masuk ke Secret Garden

 Banyak lagi masa nak kena tunggu, kita bergambar lah kejap.


SECRET GARDEN


Masanya dah tiba untuk masuk ke Secret Garden. Hati tu pada awalnya memang sangat teruja sebab belum pernah masuk ke kawasan ni. Nak tahu juga apa istimewanya Secret Garden sehingga menjadi kawasan larangan dari zaman maharaja dulu-dulu sampai lah hari ini. Gambar adalah secara berselerak sebab dah tak ingat mana dulu tempat yang kitorang pergi.

 Kiri | Tourist Guide kami.
Kanan | Kami bertiga.

 Ini kawasan library. Rasanya bangunan kanan tu tempat maharaja mentelaah buku.

Tepi tasik ada pavilion. Kalau rumah aku ada macam ni, confirm lah dapat 10A masa SPM.


 Apa ntah tempat ni. Sibuk ambik gambar, bukan dengar tourist guide tu bagi penerangan. Tapi pelancong tak dibenarkan naik ke atas.


Haaa..ni penerangan pasal bangunan atas tu. Bacalah sendiri.


Ini dikatakan umpama time machine. Dorang percaya kalau masuk sini, tak akan tua. Tu cerita dulu-dulu lah.

Tempat ni akan jadi cantik masa musim autumn. Kecewa lah.. Biasa-biasa je pemandangannya tapi masih boleh dilayan.

 Kuarters pekerja-pekerja istana.


Rumah-rumah gundik maharaja.

 Kawasan kuarters.

 Sunyi je tempat ni.

Pintu ke kuarters wanita.




Tempat maharaja berehat-rehat. Senanglah hidup maharaja, boleh berehat-rehat dalam hutan sambil dikelilingi gundik-gundik 



 Cantikkan senibina bangunan lama ni?

 Kiri | Terpaksa selfie sebab dorang dah lari dari aku.
Kanan | Dapat juga bergmbar penuh.

Sebenarnya banyak juga tempat yang tourist guide ni bawa kitorang, tapi lebih pada astaka-astaka tempat maharaja berehat dan laksanakan kerja sebagai maharaja. Ok lah sekadar nak melihat-lihat apa yang menarik di dalam ni sebab takde apa yang menarik pun dalam ni. Difahamkan yang landskap dan pokok-pokok dalam Secret Garden ini dah berusia 300 tahun. Lama gila kan?? Pokok-pokok pun besar-besar. 

Habis jelajah Secret Garden, kitorang pusing-pusing di bangunan istana. Mungkin balairong istana lah kan. Tempat maharaja duduk di singgahsana sambil bertemu dengan pembesar-pembesar istana.




Dalam balairong


Ambik gambar sikit-sikit terus gerak ke Gyeongbukgung Palace sebab nak kejarkan pukul 2.00 petang nak tengok guard changing ceremony.

Pandangan luar dari pintu masuk istana.

 * sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)

No comments:

Post a Comment