Tuesday, June 28, 2016

HAL AKU | MISI MENABUNG BERJAYA!!!

Assalamualaikum...

Sikit-sikit, lama-lama berjaya jugak beli tiket Air Asia. Wah..apakah peribahasa tu boleh digunapakai oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka?

Apa ceritanya ni? 

Aku ni kalau tak cerita pasal beli tiket Air Asia memang tak sah. Bukan apa, misi menabung sehari RM1.00 @ RM2.00 yang pernah aku ceritakan kat SINI dah pun membuahkan hasil. Tidak banyak mana pun hasilnya sebab tak sampai setahun dah tak menyabar. So, dapatlah RM400.00 je hasil tabungan. 

Niat tabungan tu untuk beli tiket untuk bercuti dan aku berjaya!!!!

Gigih berjaga tengah malam sebab nak dapatkan tiket murah. Dapatlah beli 4 tiket pergi balik untuk 4 orang ke Pulau Langkawi. Penerbangannya tahun depan. InsyaAllah kalau tiada aral dan kalau dipanjangkan umur, dapatlah aku bawa mak aku naik flight ke Langkawi. Tempat yang mak aku nak pergi sebab dia nak shopping. Mak kan kaki shopping. Kalau bawak shopping, memang energy dia melampau-lampau. Cuba bawak bercuti duduk tepi pantai, takde maknanya dia nak duduk lama-lama.



Misi menabung tu masih lagi aku teruskan. Boleh la nanti beli tiket untuk next percutian. Dah janji dengan kakak aku pulak nak bawa dia ke Korea. 

KOREA lagi??

InsyaAllah itu yang terakhir aku pergi. Nak pergi pun sebab nak bawa kakak aku. Dah janji dengan dia dari tahun 2013 lagi. Aku dah 2 kali pergi, dia tak pergi-pergi lagi. Kita kan adik mithali, kenalah berbakti pada adik beradik sendiri. Kalau dengan kawan-kawan, bukan main laju je kata ok. Tak kan kalau dengan adik beradik sendiri nak berkira pulak kan??


Dapat tabung baharu. Makin besar tabung, nilai tabungan tiap hari mesti kena up.

Bulan September ni pula dah buat perancangan bercuti dengan famili tapi destinasi percutian masih kabur-kabur. Dah elok-elok plan nak naik ke Cameron Highlands tapi sayangnya waktu nak pergi tu musim cuti sekolah. Adoiiii..sah-sahlah sesak kat atas tu nanti. Plan seterusnya adalah ke Ipoh tapi belum finalized. Harap-harapnya menjadi, kalau tak nanti kakak-kakak aku tuntut dari aku. 

Apa yang best kat Ipoh??

Ok..kena google..

Kalau ikut aku, nak je bawa dorang ke PD tapi bila aku utarakan cadangan tu, masing-masing tolak dengan alasan "PD lagi??".. Perghhh sentap, 3 tahun tau kita study kat PD. Jangan lekeh-lekehkan PD okay.

"I need a six months holiday twice a year"

4 comments:

  1. wahh..kolin pula menabung sehari RM1 sebab nak beli set meja makan baru hahahhaha

    ReplyDelete
  2. tabung baru u tu same mcm tabung i laaaa...sebijik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom le kita berlumba2 kumpul duit..hehhe

      Delete