Wednesday, November 9, 2016

FENDIxPERAK | KELLIE'S CASTLE, BATU GAJAH

Assalamualaikum,

Entry ini adalah entry tertangguh dan perlu aku masukkan untuk kenang-kenangan aku sendiri.

"Kellie's Castle, Batu Gajah"

Check in...

Antara tempat yang aku singgah masa bercuti di Ipoh, bulan September yang lepas.

Kitorang antara pengunjung terawal yang sampai sebab pintu pagar masih belum dibuka. Menunggu dalam 5-10 minit, baru pintu dibuka. So, dapatlah park kereta di parkir yang disediakan tanpa dikenakan bayaran. Sepatutnya, caj parkir adalah RM2.00, tapi oleh sebab time tu takde penjaga, so kira free la.


Bayaran :

Caj Parkir : 
RM2.00 (kalau park dalam kawasan pagar)

Masuk : 
RM5.00 dewasa





Memang tak sah kalau tak singgah ke Kellie's Castle ni. Bangunan ini menjadi antara tarikan utama bagi negeri Perak sebab ada sejarahnya yang tersendiri. Kellie's Castle tidak dapat disiapkan sepenuhnya sebab ownernya iaitu Mr. Kellie meninggal di luar negara. Jadi, bangunan ini terbiar begitu sahaja.




Kanan | Pakcik Kellie dalam kenangan.

Di dalam Kellie's Castle ni terdapatkan ruang-ruang seperti bilik tidur, ruang makan, ruang tamu dan bilik-bilik gelap untuk persembunyian dan stor-stor untuk menyimpan arak dan sebagainya.

Dikatakan, terdapatnya laluan bawah tanah yang dibina sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku apa-apa serangan atau peperangan. Di sini juga ada ruang untuk lif tapi oleh sebab bangunan ni terbengkalai dan tak dapat disiapkan, jadi lifnya takde. Kalau tak, ini merupakan lif pertama yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu.

Siapa-siapa yang rajin dan suka membaca, tempat ni memang sesuai untuk dikunjungi. Nak bergambar pun cantik sebab struktur bangunannya memang klasik.




 Katanya tempat ini berhantu. Betul atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu.

 Kiri | Ruang tamu Kellie's Castle. Dikatakan perabot-perabot tu adalah kepunyaan pewaris Pakcik Kellie dan dibawa ke sini dan diletakkan dalam ni.


Bilik tidur rasanya ni. Di bahagian atas disediakan bilik tidur untuk anak lelaki, anak perempuan dan bilik tetamu.

 Kalau naik bahagian atas, make sure berteman. Bukan apa, meremang jugak lah bulu roma. Mana tau tetiba dibawa ke "alam" lain pulak kan? Heheheh

Penampakan entiti.

Di bahagian paling atas. Siap ada tapak untuk gelanggang tenis. Sedap jugak lepak atas ni cuma agak gayat sebab takde pagar. Kalau jatuh, memang sia-sia je hidup kau.



 Pandangan dari rumah pengawal.


Bangunan kuning belah kiri tu merupakan rumah lama dan sebahagiannya runtuk semasa Perang Dunia Ke 2. Ayat ni aku copy dari gambar bawah ni. Senang hidup, copy paste je.


Bagi yang suka sejarah dan senibina atau yang nak santai-santai cari ketenangan, tempat ni memang sesuai. Suasananya memang menenangkan. Kalau datang waktu pengunjung tak ramai, memang syiok nak bergambar. Kalau pengunjung tengah ramai, asyik kena photobomb je lah nanti.

Kellie's Castle...check out...

1 comment: