Thursday, February 23, 2017

FENDIxHIKING | BUKIT PUCHONG (HUTAN SIMPAN AYER HITAM, PUCHONG)

Assalamualaikum,

Sabtu lepas (18 Februari 2017), aku pergi hiking lagi. Bila sebut hiking tu macam pro je bunyinya kan? Padahal hiking bukit je. Kali ni, bukit yang menjadi pilihan adalah Bukit Puchong yang terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hutan ni kepunyaan UPM tapi dibenarkan untuk mendaki asalkan jangan membuar onar sudah lah ye.

Di Hutan Simpan Ayer Hitam ni juga terdapatnya air terjun yang digelar blue lagoon tapi orang awam tidak dibenarkan masuk sebab menjadi kawasan larangan dan dijaga oleh renjer hutan. Tapi kalau rajin explore, sebenarnya ada air terjun lain yang boleh tahan cantiknya cuma masa aku pergi tu, aku tak singgah air terjun tu pun sebab bukan itu tujuan utama aku mendaki.

Sebenarnya, jabatan aku akan buat aktiviti hiking pada 11 Mac 2017 nanti di tempat yang sama. Oleh sebab aku ni di bawah biro sosial dan merupakan penganjur kepada aktiviti mendaki tu nanti, so aku kena riki-riki tempat dulu. Kena tengok laluannya macam mana, at least bila tiba hari kejadian nanti aku dah tahu keadaannya macam mana.

Gerak dari Salak Tinggi pukul 7.00 pagi (lebih kurang macam tu), dah set Google Maps tapi malangnya tersalah laluan juga. Aku masukkan lokasi "Bukit Puchong", memang tak jumpa lah jawabnya.


So, kalau sepatutnya kena letak lokasi "Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong". Barulah Google Maps bawa ke tempat yang betul. Sampai di lokasi, kereta sudah penuh. Terpaksa park kereta tepi jalan. 



 Penuh wei kenderaan. Lain kali kena datang awal.

Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku mendaki Bukit Puchong, jadi agak was-was juga tentang laluannya. Takut juga kalau tersilap laluan dan terus sesat. Maunya meraung aku dalam hutan tu. Tapi, jangan risau. Trek pendakian tu memang jelas, so cuma follow je. Lagipun pagi tu ramai je orang-orang lain yang sama-sama mendaki, jadi kalau masih belum yakin juga, follow je orang depan. Senang kan?

Di laluan permulaan ada dua jalan. Kiri dan kanan. Kebanyakan orang akan ambil laluan kanan tapi aku ikut laluan kiri sebab ikut couple depan aku. Orang kata laluan kanan agak tak mencabar (tapi tak tahu sebenarnya macam mana). Laluan sebelah kiri awal-awal lagi dah kena mendaki, mendaki dan mendaki.

Laluan kiri akan jumpa kolam ikan. Ada ikan koi berenang-renang dalam kolam.

 Ini yang aku maksudkan mendaki dan terus mendaki.

Aku tersilap jalan, masuk jalan/lorong kecil yang bersemak samun. Memang tak confident, rasa tu bukan laluan yang betul. Kebetulan belakang tu ada geng wanita pun ikut laluan yang sama. Bila kitorang sama-sama confuse, kitorang patah balik. Terjumpa pula geng-geng berbangsa Cina ikut laluan tu. Bila ditanya, rupanya laluan tu menuju ke waterfall. 

 Best kan laluannya?

So, aku pusing balik dan ikut laluan betul nak ke top hill. Sepatutnya kena ambil laluan kanan untuk ke top hill. Yang laluan waterfall tu sebelah kiri. 


 View kanopi. Tenang je la bila tengok hijau-hijau ni.


 Board pun dah berlumut. 

Amaran

Setelah lama mendaki, akhirnya sampai juga ke puncak Bukit Puchong. Masa sampai tu orang tak ramai. Puncak bukit takde view apa pun. Sekadar kawasan lapang untuk rehat-rehat dan dikelilingi oleh pokok-pokok hutan.

 Kawasan lapang di puncak Bukit Puchong. 

Di bahagian atas ni, takde aktiviti apa pun nak buat. Sekadar melepak dan ambil gambar. Ambil gambar pokok-pokok je lah jawabnya.



Tak lama pun aku kat bahagian atas. Lepas ambil gambar dan lepaskan penat, aku turun ikut laluan B pula. Orang kata laluan B ni agak jauh sikit laluannya tapi kira fair lah sebab dah naik ikut laluan A, turun biar laluan B pulak kan?

Laluan B kan bagi aku lebih cantik sebab banyak pokok-pokok dan ada aliran air macam gambar kat bawah ni.





Masa turun tu aku cuma fikirkan nak cepat sampai je. Walaupun seronok dapat berjalan dalam hutan, tapi penat lah jugak. Penat-penat pun puas hati juga. Peluh mencurah-curah. Barulah rasa sihat.


Ada tempat-tempat yang dilarang masuk sebab di bawah seliaan dan kajian UPM.

p/s : rasa macam nak hiking tiap minggu.

aksarafendi

No comments:

Post a Comment