Friday, September 28, 2018

FENDIxKUCHING | BAH 1 : BERCUTI SANTAI DI KUCHING, SARAWAK

Assalamualaikum...

Kisah percutian santai-santai ke Kuching yang baru berkesempatan nak diabadikan dalam blog ni.

Oleh sebab bosan, aku book tiket ke Kuching. Kenapa Kuching? Sebab aku dah familiar dengan bandar ini dan of course sebab cuti ini adalah untuk me time, jadi aku memilih untuk ke tempat yang tidak memerlukan aku explore lebih. Tarikh percutian aku pada 31 Januari sehingga 3 Februari 2018. 

Tiket Penerbangan : 
Air Asia (RM250++ pergi balik)

Hotel Menginap : 
Tune Hotel, Kuching (RM90.00 ++ 1 malam)

Kenderaan :
Grab

Aku terbang dari KLIA 2 dalam jam 12.50am, sampai di Lapangan Terbang Kuching dalam jam 2.55pm. Untuk pergerakan dari lapangan terbang ke hotel, aku cuma gunakan perkhidmatan Grab.  

Sebenarnya kan, bulan Disember 2017 tu aku sudah ke Kuching atas urusan tugas. Tapi sebab tak dapat nak berjalan sangat dek terikat dengan tugasan, tu yang aku tekad nak ke sini lagi sebab terbayangkan kek lapis dan juga laksa sarawak. 



Macam inilah kalau bercuti sorang-sorang. Bosan menunggu.

Tiba sahaja di airport Kuching, terus aku book Grab. Ini pertama kali aku menggunakan Grab Apps dan perkhidmatan Grab. Aku masuk kereta, terus pemandu bertanya dalam bahasa Sarawak. Aku bagi tahu aku orang semenanjung. Dia gelak sahaja.


Pemandu Grab ni rupanya tentera udara. Baru bertukar balik ke Kuching. Sebelum ni dia pernah bertugas di Johor dan juga TUDM Subang. Aku cerita kat dia yang aku orang Johor tapi kerja Putrajaya. TUDM Subang pulak selalu aku pergi sebab urusan kerja. Makin rancak lah perbualan kami.

Banyak juga dia bagi nasihat. Orang Sarawak memang friendly kan?

Sampai di Tune Hotel, terus check in dan berehat di bilik. Lewat petang sikit nak pergi Jambatan Darul Hana.

Percutian ini memang tiada itinerary. Main asal redah sahaja.

WATERFRONT KUCHING

Merayap sorang-sorang di Waterfront Kuching :







JAMBATAN DARUL HANA

Darul Hana bermaksud tempat atau kediaman yang aman dan harmoni. Sangat sesuai dengan nama ini kerana Sarawak mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik dan diiktiraf sebagai Bandar Raya Perpaduan.

Jambatan Darul Hana menjadi tarikan baru di Kuching dan menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan yang mana Sungai Sarawak menjadi sempadan antara kedua-dua bahagian ini.

Rekabentuk Jambatan Darul Hana sangat menarik yang mana terdapat rekabentuk burung kenyalang di dua tiang jambatan. Burung kenyalang menjadi simbolik kepada negeri Sarawak.







aksarafendi


2 comments: