Assalamualaikum...
12 November - semalam tak pergi mendobi sebab layankan mata, jadi pagi ini aku kena pergi mendobi. Banyak sangat baju kotor. Siap-siap mendobi di sini, balik rumah nanti dah tak banyak baju yang nak kena basuh. Selesai basuh baju, singgah 7E pergi beli meggie cup dan juga aiskrim walaupun aku tak tahu apa motif aku beli meggie cup. Heee...
Duduk bilik, layan perasaan sekejap, makan meggie walaupun aku tak lapar. Kemudian, packing baju dan jam 11.30 pagi, aku check out. Mintak kebenaran tinggalkan beg di kaunter.
Menapak lah lagi aku ke Kuching Waterfront untuk bergambar. Hari-hari sebelum ni tak dapat nak bergambar sebab orang ramai. Inilah masanya untuk aku berposing sakan.
Aku siap-siap lunch sebelum balik semula ke hotel untuk ambil beg. Selesai lunch, ambil beg, aku book grab dan terus ke airport Kuching.
Tamat percutian aku untuk kali ini. Aku akan tinggalkan Kuching dengan kepuasan. Selepas ini, mungkin aku tidak akan ke Kuching lagi untuk bercuti. Kalau untuk bertugas atau kursus, mungkin iya.
Selamat tinggal Kuching..
Terima kasih kerana menyediakan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
fendi...
No comments:
Post a Comment