Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

KANAK-KANAK DIJADIKAN TEBUSAN


KUALA LUMPUR - Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum 'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian.

Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri.

Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10.

Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu.

Sumber : Kosmo 24 Januari 2012 

Komen aku :
Siapa sangka kan benda kalau nak jadi. Selama ni kita tak pernah terfikir insiden macam ni akan terjadi tapi sesungguhnya malang tidak berbau. Nasib baik pihak polis dapat mengawal keadaan dan dapat selesainya dengan baik. Jalan terakhir adalah dengan menembak suspek sebab hasil berita malam tadi difahamkan kat bilik tu dah tak ada jalan lain untuk pihak polis masuk. Bapa tebusan tak dapat nak berbuat apa-apa sebab rupa-rupanya dia pakai kaki palsu, so agak terbatas pergerakan dia. Pengajaran kat sini, walaupun kita tengah duduk kat rumah, pastikan pintu dikunci untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku.

Kataku : Pernah terjadi kes minah indon sembunyi dalam rumah tanpa kitorang sedar.

Wednesday, January 11, 2012

SEKARANG DAH ADA PILIHAN LESEN KENDERAAN AUTO ATAU MANUAL


IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.
Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.
"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.
Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.
"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.
"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

Sumber : Kosmo 11 Januari 2012

Komen aku :
Satu cadangan yang baik oleh Kementerian Pengangkutan dan perkara ini semestinya memberi kelebihan kepada kaum wanita yang rata-rata kurang gemar dengan kereta manual.
Kataku : Lebih suka kereta manual dari auto