Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

SARAPAN PAGI | ROTI CANAI KAYU ARANG, MELAKA

Assalamualaikum...

27 Mac 2016 - Bangun pagi sebab nak cari tempat breakfast yang meletop-letop di Melaka sekarang ni iaitu Gerai Roti Canai Kayu Arang. Lokasinya seperti di bawah :-

Lot 459, Kampung Bakar Batu Mukim
75350 Bachang
Melaka

Apa yang istimewanya roti canai kat sini? 

Keistimewaannya terletak pada kaedah memasak roti canai itu sendiri iaitu dengan menggunakan kayu arang. Sesekali dapat makan roti canai hasil tangan orang Melayu memang best. Kalau kat Putrajaya & Salak Tinggi, aku asyik makan roti canai mamak je. Ubah selera pulak.

Orang memang sangat ramai. Masa kitorang sampai, meja sudah penuh. Jadi, kena tunggu sekejap sementara orang lain selesai makan. Nasib kami agak baik sebab tak tunggu lama nak cari meja kosong. Alhamdulillah. Pelbagai kaum ada, Chinese pun ramai juga datang dengan famili. Seronok tengok suasana macam ni. 

Selain daripada roti canai, di gerai ini turut menyediakan kuih muih dan ada gerai nasi lemak dan sate.

Nasi lemaknya pun menarik sebab ada sotong besar.

Tercapai impian nak breakfast sate. Hilang dah ngidam sate pagi-pagi hari.

Nampaknya program KONONNYA diet aku terpaksa aku langgar. Kenapa perlu ada makanan sedap-sedap depan mata????

Kitorang order roti telur sorang satu, sate ayam 10 cucuk, sate daging 10 cucuk dan beberapa biji kuih.

Sumpah kenyang.. Nasib baik tak gatal-gatal mulut nak order nasi lemak, kalau tidak memang tak habislah jawabnya.

Masa ambil order tu, brother tu bagitau roti cana akan take time sikit sebab orang ramai. Kitorang okay je, faham situasi macam tu. Tapi sebenarnya takde lah tunggu lama sangat.


Table no. 25.



"A Recipe Has No Soul. You Must Bring Soul To The Recipe"

Monday, March 28, 2016

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | FREEPORT A'FAMOSA, MELAKA

Assalamualaikum..

26 Mac 2016 - Aku dan Oey jalan-jalan ke Muar, Johor. Rancang memang dah lama, baru kali ini terlaksana. Aku ni hujung minggu memang banyak masa free, cuma orang bank sorang tu saje yang agak busy hujung minggu sebab kena kerja lebih masa. 

Bermula dengan cakap-cakap sahaja, memang macam tu selalunya cara kitorang kalau nak bercuti dekat-dekat sini. Kalau beriya sangat planningnya, biasanya tak menjadi. So, tak payah nak excited sangat. So-so je kadar keterujaan tu. Oey dari awal dah minta aku survey-surveykan tempat-tempat menarik di Muar.

Aku ni nama sahaja anak Johor tapi attractions yang ada di Muar pun aku tak berapa nak tahu. Dulu masa kat kampung, jarang sangat nak berjalan-jalan. Jadi, jangan salahkan aku kalau aku cakap tak tahu apa yang ada di Muar. Cuma ada juga lah aku listkan beberapa tempat yang orang-orang cadangkan dan ianya lebih kepada aktiviti makan-makan. Kiranya Muar sebuah daerah syurga makanan lebih-lebih lagi mi bandung yang menjadi sebutan ramai.

Kitorang bertolak dari Salak Tinggi jam 11.00 pagi. Oey datang ambik kat rumah lepas dia servis kereta. Pada awalnya kitorang plan nak balik hari, tapi bila pagi Oey sampai tu, dia kata standby bawak baju sebab kalau rasa nak stay, baju dah ada. Ok, maksudnya kitorang ada plan A dan plan B. Lagipun, dah alang-alang ke Muar, tak kan nak balik hari kan??

Lagi satu, tujuan kami ke Muar sebab nak singgah Steak & Cake House yang diusahakan oleh Anyss dan tunang dia. Harap-harapnya berkesempatan nak jumpa dengan tokey cafe nanti.

Perjalanan ke Muar rasa-rasa dalam 2 jam perjalanan sahaja. Macam terlalu awal pula. Nak ke Muar, lalu Melaka. Jadi, kitorang singgah Melaka dulu. Tau tak ke mana kitorang singgah? Hahhaha kitorang ke Freeport A'Famosa Outlet. Saje nak tengok-tengok apa yang ada kat Freeport A'Famosa Outlet tu.

Freeport A'Famosa Outlet

Lokasi Freeport A'Famosa Outlet adalah bersebelahan dengan A'Famosa Resort Melaka, Alor Gajah. Kalau lalu hi-way, keluar tol Alor Gajah/Tampin/Simpang Ampat. Follow signboard A'Famosa Resort. Jalan terus sahaja sampai jumpa bangunannya yang luas di sebelah kanan jalan.

Parkir adalah percuma. Tak pasti untuk next time, sama ada akan dikenakan bayaran atau tidak.

Kitorang nak buat perbandingan antara JPO, Mitsui Outlet dan juga Freeport A'Famosa.

Kalau pandangan dari luar, rekabentuk bangunan Freeport A'Famosa sangat menarik sebab bercirikan Portugis. Di bahagian dalam pula ada daya penariknya yang tersendiri iaitu adanya kincir angin yang menjadi tumpuan pengunjung untuk mengabadikan gambar termasuklah aku.










Bagi pengunjung yang datang ke sini, jangan risau mengenai tempat makan sebab ada food court yang menggunakan sistem kad yang mana urusan jual beli hanya menggunakan kad. Kiranya bila masuk tu kena topup duit, then cashier akan beri kad. Sama juga kaedahnya macam food court dekat beberapa AEON Jusco. Kitorang sebenarnya dah singgah food court ni tapi bila tengok guna sistem kad macam ni terus tak jadi nak lepak makan. Rasa macam leceh je nak ke kaunter, nak dapatkan kad then baru nak pergi cari makan. So, untuk lunch kami hold dahulu. Lagipun tak berapa nak lapar, cuma tekak haus saja.

Kitorang sekadar susur jalan dan pilih mana-mana outlet yang kitorang nak masuk. Banyak outlet jual beg-beg travel, kedai jam dan jugak kedai-kedai barang sukan. Macam tak ada keperluan je kitorang  nak masuk situ kan?


Kanan | Ada mesin ATM. Jangan risau kalau duit tak cukup, anytime boleh cucuk duit. Korang kan shopping macam jutawan. 
Kiri | Tandas pun ada. Signboard dia unik je.

 Antara jenama-jenama yang ada di Freeport A'Famosa

 Ada kipas besar. Orang masih belum ramai waktu kitorang sampai.

Bukti aku dah sampai sini. Check out dulu lah.

Akhirnya, takde apa yang kitorang beli sebab tak nampak apa benda yang menarik untuk di beli. Bila kitorang buat kesimpulan, rasanya Freeport A'Famosa Melaka ni biasa-biasa sahaja. Sesekali datang nak berjalan, bolehlah singgah tapi bagi aku kalau ditanya nak datang lagi ke tidak, hurmmm jawapannya macam tidak. Itu cuma pendapat aku sahaja. Lain orang lain pendapatnya kan?

"Nothing In The Future Will Correct Those Moments That You Have Missed In The Past"