Friday, September 28, 2018

FENDIxBALI | HARI TERAKHIR DI BALI

Assalamualaikum...

Petang semalam, kami minta supir hantar ke Hotel Kutabex di Pantai Kuta. Kami check in satu malam di sini. Sebenarnya aku tak suka tukar-tukar hotel sebab malas nak mengemas beg dan berangkut barang-barang. Tapi oleh sebab Oey nak juga hotel yang dekat dengan Kuta, jadi aku follow sahaja. 


Ini gambar malam sebelumnya. Lepak-lepak sambil layan live band tepi pantai. Order coke, jangan order benda lain pulak.

Oleh sebab hari terakhir memang tak ada plan nak ke mana, jadi aktiviti bebas. Masing-masing bawa haluan sendiri.

Awal pagi aku dah keluar bilik, dan merayau di pantai. Kalau pergi bercuti, hari-hari terakhir tu memang rasa sayu sebab malas nak kerja.






Macam biasa, check-out sepatutnya jam 12.00pm tapi kami mintak check-out lewat dan ada caj dikenakan. Kira ok lah sebab flight kami malam. Entah kenapa book tiket balik malam pulak. Aku sendiri tak faham dengan diri aku.

Selepas check out jam 3.00 pm, pergi cari makan sementara nak gerak ke airport. Kami hanya berjalan kaki dari hotel ke tempat makan dan seterusnya ke airport. Tak jauh pun, dalam 20 minit berjalan.


Dah nak sampai airport. Macam ayam nak melintas jalan. 

Bila sampai airport, dapat emel bagitau yang flight kami reschedule. Pukul 10.00pm kami punyai flight. 

Mereput habis kat airport....

aksarafendi

No comments:

Post a Comment