Showing posts with label Raya Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya Raya. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA - PENUTUP SYAWAL

Assalamualaikum,

Banyak sangat sambutan hari raya untuk tahun ini. Jadi, aku rangkumkan dalam satu entry sahaja. Layan gambar pun okay jugak. Gambar tak banyak diambil, mana yang ada saje lah.

SAMBUTAN HARI RAYA KPKK [31 JULAI 2015]

Sambutan diadakan pada 31 Julai 2015 di bahagian lobi. Setiap bahagian sediakan menu dan makanan masing-masing. Bahagian Khidmat Pengurusan sediakan main course dan jugak buah-buahan tempatan. 



 Last minute touch up. Orang-orang kuat BKP

 Suasana perkarangan lobi sebelum majlis berjalan. Aku statik kat gerai buah-buahan je.

Gigih kau menghias gerai dengan lampu liplap liplap bagai.

 Warga Seksyen Kewangan

Buah-buahan hampir habis.

Geng purple. Dorang tak berjanji, secara kebetulan.

 Close up sikit durian.

Hot item. Durian..

SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN PERDANA MENTERI [05 OGOS 2015]

Sejak berpindah jabatan, aku memang tak minat nak pergi majlis sambutan hari raya JPM. Tapi, untuk tahun 2015 ni, nama naik pulak untuk membantu bahagian logistik bagi persiapan gerai. Nak tak nak, terpaksa pergi. Duty aku masa hari kejadian. So, pagi 05 Ogos tu dah bergerak awal ke PICC untuk tengok-tengok apa yang boleh dibantu.

Bila sampai je, semua dah ready. Tambahan lagi, gerai kitorang join sekali dengan Pejabat KSN dan JPA. Ada lagi a few jabatan yang join, tapi aku tak ambik tahu. Nak membantu pun, tak tahu dah nak bantu apa. So, apa lagi. Melilau lah aku keliling dewan tengok gerai-gerai orang lain. Pedulik apa aku kan.

Masa melilau kat luar dewan, nampak pulak booth Pusat Darah Negara. Jadi aku ambik peluang untuk derma darah. Alhamdulillah..semoga darah aku dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.














SAMBUTAN HARI RAYA BKP CGSO [14 OGOS 2015]

Ini adalah penutup jamuan raya. Majlis diadakan di dewan mesyuarat dan bersambung ke balkoni.

Setiap seksyen dikehendaki untuk sediakan menu masing-masing dan perlu menghias gerai sebab ada hadiah yang akan diberikan.

 Tema ala-ala rumah.



Kuih muih.









Notakaki:
Berat badan naik 4 kg. Bertabahlah nak turunkan balik berat tu.

Tuesday, August 11, 2015

JEMPUTAN RAYA UNTUK TEAM DPR

Assalamualaikum...

Teringin sangat kengkawan DPR nak datang beraya kat rumah. Bukan tak bagi datang tapi takde sape yang nak memasak. Hehhehe.. Oleh sebab taknak kecewakan permintaan, so aku jemput jugak dorang datang ke rumah hari Ahad lepas (09 Ogos).


Siap buat jemputan uolls. By whatsapp saje.

Map pun disediakan. Lantak korang la paham ke tidak.

Siap google resepi tu, tekad nak memasak jugak. Akak aku kerja hari Ahad tu. Lagipun dia segan kalau kawan-kawan aku datang berjemaah macam tu. Yela, agaknya tak tau nak berbual apa. Sama jugak dengan perangai adik dia ni. Kalau kengkawan dia datang, aku pulak yang segan.

Nasib baik Oii volunteer nak tolong masak. Katanya dia cuma membantu je. Tukang rasa boleh la katanya.

So, menu kitorang adalah :- Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Mee Goreng, Sosej dan jugak Kek Lapis Sarawak.

Kebetulan Oii baru balik dari Kuching atas urusan kerja, jadi dia borong sekali Kek Lapis kat sana. 

Ini bukti aku masak sendiri kat rumah :-

 Gigih buat kerisik sendiri. Menggoreng Sabtu malam tu. Mak aku kata jangan beli kerisik yang dah siap sebab tak berapa nak sedap. Jadi, tekad lah anak jantan dia ni menggoreng kerisik. Berjaya jugak akhirnya Mak!!!!

 Nasi Impit. Beli ketupat segera dan rebus. Pejam mata pun boleh. Antara rajin dan malas je.

 Part ni paling mendebarkan. Antara jadi atau tidak. Rendang ayam in making. Doa banyak-banyak supaya rendang ni masak dengan sempurna.

Kuah kacang. Ni pun menggigil-gigil masak. Takut tak menjadi. Lupa plak nak snap gambor masa menggoreng kacang.

Kalau korang nak tau, ini first time aku masak dua menu ni. Kalau kat kampung nak raya tu aku cuma tolong-tolong mak potong memotong bahan je. 

Siap sudah. Gambar mee goreng in making takde sebab dah bergegas dan kelam kabut nak siapkan hidangan. Ada tetamu yang datang awal. Gambar kek lapis pun tak sempat ambil.

Anyss yang pertama sekali sampai. Oleh sebab dah beli bahan untuk Congo Bars, maka dia sukarela bake kan untuk kitorang. TQVM.. Dia memang tokey cake tapi dia cover area KL saje.


Inilah syurga kecil aku. Yang dah sampai time ni Marya sefamili dan Joe sefamili. Tengah tunggu yang lain-lain.


Dorang ramai dah nak balik. Sempat ambil gambar sekeping dua. Time ni Roy, Zaida, Eppy & Yus belum sampai. Tapi sayangnya tak bergambar dengan dorang yang sampai lewat sebab dah penat time tu.


Terima kasih kawan-kawan sebab datang dan berpuas hati dengan masakan aku. Next time aku masak lagi ye. Hhehehhe..

Kiranya menjadi jugaklah masakan aku. Alhamdulillah..

Notakaki:
Memang happy kalau dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama. Banyak cerita nak dibualkan. Tapi satu soalan yang tak boleh aku jawab "bila nak ada orang rumah ni??"




TRADISI BERAYA BERSAMA TEAM DPR

Assalamualaikum...

Bulan Syawal dah nak melabuhkan tirai dah pun. Kiranya minggu ni minggu terakhir untuk berhari raya.

Tradisi kunjung berkunjung team DPR masih diteruskan jugak. DPR tu adalah nama course kitorang masa kat Poli PD. Penuhnya Diploma Pemasaran. Dalam IG aku buat hashtag #teamrayaDPRpoliPD.

Walau tak ramai yang join tapi kemeriahan tetap ada. Maklum saje lah, masing-masing dah ada komitmen pada keluarga, pada kerja dan juga kekangan masa.

Nak dijadikan cerita, Khamis (06 Ogos) kitorang beraya ke rumah Roy. Nama dia Siti Rohaizan. Masa kat Poli dulu, dia jenis yang kasar dan suka merempit. So,kitorang panggil dia Roy. Dari dulu sampai beranak dua, perangai masih sama je.

Rumah dia kat Kampung Jijan. Sekangkang kera je rumah dia dengan rumah aku kat Salak Tinggi tu. Tapi nak jumpa punyalah payah.

Tuan rumah yang paling kanan. Cuma kitorang berempat je yang join sebab tuan rumah free malam je. Belah kiri - Din, aku, Aryati & Nadia. Balik rumah siap dapat rambutan kampung. Terbaiklah tuan rumah.

07 Ogos (Jumaat) - Turn rumah Mardiana dekat Ampang pulak. Kalau turn rumah Mar, memang dia akan order makanan. Siap ada satay dan soto. Kuih raya pun banyak. Makan soto je sampai 2 round, satay pun 2 round. Kuih raya tu memang sampai habis satu balang kitorang kerjakan. Balik pulak dapat bekalan. Marbeles betul. Banyak kali pergi rumah dia tapi asyik sesat. Dah masuk kawasan taman rumah, nak mencari rumah mesti tersilap jalan.

Inilah wajah-wajah kami yang hadir. Tuan rumah yang tudung hijau bunga-bunga. Husband dia (Syidi) yang belakang dia tu. Nampak kurus plak aku. Keh3...

Notakaki:
Harap2nya tradisi ni akan kitorang kekalkan sampai bila2. InsyaAllah..


Monday, August 3, 2015

SIAPA YANG PATUT MULAKAN?

Assalamualaikum...

Tahun ni macam tak banyak pergi beraya rumah kawan-kawan. Open house apatah lagi, ramai yang ambil keputusan untuk tidak mengadakan majlis open house. 

Tiada open house pun tak apa, yang penting pergi ziarah menziarahi rumah kenalan. Kita tak mengharapkan makan mewah atau sedap-sedap pun. Setakat dapat berkumpul pun sudah memadai kan.

Hari Jumaat lepas sempat singgah rumah Din & Yati. Rumah dorang kat Presint 5, Putrajaya. Duduk dekat tapi sangat susah nak berjumpa dan lepak. Hahahha.. Aku ni jenis kalau dah balik rumah memang malas nak keluar. Anti sosial sangat spesisnya diriku ini.

Din baru sihat dari demam denggi. Nampak jugak la muka dia masih belum baik sepenuhnya. Yang lawaknya bila kitorang tanya pasal anak, boleh plak dia lupa. Umur anak pun dia lupa. Kesian...Banyak sangat masuk air dalam badan. Heheh..

Plan awal aku cuma nak ke rumah dia untuk pinjam radio saje untuk aku guna masa program family day keesokan harinya. Tapi dah alang-alang datang rumah tu, beraya sekali. Tak sangka plak Mar, Zaida dengan Linda nak join sekali.

Tahun ni tak meriah macam tahun lepas sebab masing-masing ada komitmen. Mana yang ada je lah.


Tuan rumah yang sedondon hijau tu. Yang tepi kanan aku Zaida & Husband (nama pun Fendi jugak), tudung coklat tu Mar. Husband dia yang dukung anak lelaki tu. Belakang tudung hijau tu Linda & husband. Aku dah block anak Linda.

Semalam pula, sempat aku ke Segambut untuk attend jemputan dari Anyss. Dia buat open house kat poolside. Open air je. Senang nak berlegar-legar.

View pun cantik...

Kalau dapat jemputan dari Anyss memang susah nak tolak sebab kitorang mesti nak rasa kek hasil tangan dia. Sedap gile.. Semalam sempat minta resepi Congo Bars dari dia tapi dia kata nak whatsapp sebab kitab resepi ada kat rumah katanya.

Tahun lepas aku dapat tapau Pavlova, tahun ni tak sempat sebab Anyss kata kek ada kat rumah. Malas nak mendaki naik tingkat 16. 



Kamera smartphone je uolls. Hasilnya pun sendu walau hakikatnya view sangat marbeles.

Notakaki:
Last year sesat barat, this year smooth je perjalanan ke rumah Anyss.

Tuesday, July 14, 2015