Wednesday, September 16, 2009

AKU RINDUKAN SAAT DAN KETIKA......



~ Picture ni blur sebab aku snap dari gambar asal..
Apa yang aku nak share kat sini adalah perasaan rindu aku pada saat dan ketika menjadi pelajar Diploma Pemasaran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ini semua kawan-kawan yang dulu sama-sama mengejar cita-cita, belajar sama-sama, ketawa sama-sama dan menangis sama-sama..

Kadang-kadang bila teringatkan saat-saat manis tu, air mata boleh menitis..
Zaman belajar, takde masalah berat yang timbul. Cuma pikir kan subjek yang nak kena lulus, pikirkan aktiviti bulanan dan yang penting nak lulus dalam exam..

Kawan-kawan semua, masih ke korang ingat saat-saat kita melapor diri pada 29 Mei 2002?
Time tu, aku terlalu skema..budak baik, pakaian pun comot jer..Rindu betol saat tu..
Kita berpisah pun pada 29 Mei 2005. Bulan Mei, bulan pertemuan dan juga bulan perpisahan.
Bagaimana untuk kita tautkan semula ikatan kemesraan seperti dulu?

Dalam kesedihan dan kesayuan, aku tetap kena kuatkan semangat kerana hidup mesti diteruskan.. Aku perlu jelaskan pandangan mata aku untuk aku gapai impian aku yang selama ini aku rencanakan.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan " Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin" untuk kawan-kawan semua..

Aku sayang korang dan yang penting " Akulah Fendi"

No comments:

Post a Comment