Thursday, August 4, 2011

COOL IT OR KULIT

...semalam aku pegi Klinik Annur ( Pakar Kulit ) Bandar Baru Bangi untuk dapatkan rawatan kulit...

...sape-sape yang kenal aku, memang tau la kan apa masalah kulit aku..memang sejak dari lepas baligh lagi memang dah bermasalah dengan jerawat ni. letih nak melayan kepesatan pertumbuhan parasit-parasit nih..

dah macam-macam racun aku letak kat kulit muka, tapi hasilnya?

Tak de hasil..sama jugak. Memang kuat dorang membiak, ntah vitamin apa yang dorang makan aku pun tak tau. Tak pernah nya nak menyurut, makin membiak ada le..

TQ aku bagi kat teman baik aku, Incik Fauzan sebab temankan aku pegi klinik walaupun agak ramai orang yang nak dapatkan rawatan, tambahan lagi bulan puasa, dia tetap maintain. Yang best nya, kitorang siap berkomunikasi via FB lak tu. Al-maklum la, masing-masing guna smartphone ( perlu ke nak sebut kat sini? ).. hahahhaha

Sorang demi sorang patient masuk dalam bilik doktor..doktor..ooo doktor, apsal lah lambat sangat turn saya ni? Penat nak menunggu. Lagipun dah memang sejak azali lagi aku tak suka nak pegi klinik atau pun hospital. Aku tak suka...tak suka..tak suka...

“ Encik Noreffendi..sila masuk”

Aduh full name tu dia sebut.. Nurse comel yang panggil nama..

Masuk je bilik doktor, doktor dah agak dah apa masalah aku. Bagus lah doktor ni, dah memahami masalah pesakit dia sebelum pesakit bukak mulut.

..Pot pet pot pet pot pet..

..bla bla bla bla bla...

Doktor bagi penerangan satu persatu. Aku cuma mengangguk-angguk tanda paham dan bersetuju.. Doktor buat lah apa aje kat kulit muka saya ni asalkan muka saya jadi sehensem artis-artis kat Malaysia ni. Saya dah letih nak berkeadaan macam ni.

“ Kenapa tiba-tiba nak buat rawatan kulit ni? Dah nak kahwin ke?”

Terlantun lak pertanyaan doktor tu pada aku.. Aduh doktor, jangan la cakap macam tu. Jatuh saham saya depan nurse-nurse yang comel tu.

“ Tak la doktor, saya dah tak tahan je dengan keadaan muka saya.. Kahwin lambat lagi..”

Macam tak best je alasan yang aku bagi tu kan?

“ Saya kena ambik darah awak ni. Nak check darah. Nak tengok kalau-kalau darah awak ada masalah..”

Alamak..ambik darah? Depan-depan mata camni ke ambik darah?

Lemah semangat sikit bila doktor kata nak guna jarum yang besar sebab urat aku besar. Ish doktor ni memang suka bergurau kan? Tak kisah la dia nak gurau ke atau memang prosedur dia macam tu, aku tetap bergetar tangan.

“ Saya nak ikat lengan awak ni, sambil tu awak pam pam kan tangan ye”

Sebatang jarum terus menusuk lengan aku.. Best nya....

Darah aku laju disedut ke dalam picagari.. Banyak nya darah aku kena ambik..

Lega rasa nya bila semua dah selesai..

lepas kena ambik darah


“ Okay, awak boleh keluar dan tunggu untuk ambik ubat ye”

Doktor bagi 3 jenis produk a.k.a ubat untuk aku :

v Antibiotik

v Krim sapu

v Pencuci muka

Lagi 2 minggu aku kena datang balik sebab nak tahu keputusan darah dan jugak doktor nak tengok keberkesanan ubat-ubat yang dia bagi.

Harapan aku --- semoga berjaya rawatan aku kali ini..

Bagi sesiapa yang nak cuba-cuba rawatan kulit, boleh lah datang ke Klinik Pakar Kulit Annur seperti butiran kat bawah :

Laman web : www.annur.com.my

Telefon : 03-8925 6120

Alamat : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

( Berdekatan dengan Outlet Al-Ikhsan Bangi & Hospital Az-Zahrah )


Kataku : Mood mengantuk tahap cipanzi kelaparan

18 comments:

diana said...

berapa kos yg kena bayar utk rawatan muka tu.tq

maini said...

nak tau gak bape kena byr? tq

aKSARAfENDI said...

kos bwh RM 200..yg ni prmulaan,nnti bile da msuk appointment ke 2, doc akan bg pil utk cuci darah..so tiap2 bulan spent dlm RM150 utk ubat

Anonymous said...

nak tau ok tak lepas wat rawatan kat an nur? muka da elok?

aKSARAfENDI said...

alhmdulillah ok..tp ubat ni kna sntiasa ambil smpai cukup had utk badan ssorang..tp klo nk brhenti awal pn ok..

Qismu Mahayidin said...

TQ for the info. Tak perlu la pegi jauh2 KL atau Kajang.

miszannes said...

Nl tnya..lps u pergi klink ni kulit u dh ok ke skrg ni??

miszannes said...

Now kulit u dh ok ke??

miszannes said...

Kulit u dh ok ke lps g klink tu?

aKSARAfENDI said...

alhamdulillah ok tp skg sya da stop mkan pil sbb dah ckup had dlm bdan..

Anonymous said...

Salam. I orang Kajang, cari dlm google map ni ada dua tempat nama-nya An-Nur. satu Specialist An-Nur satu lagi Pakar Kulit Specialist. Sama-ke? tq utk reply ya

aKSARAfENDI said...

yg pkar kulit annur..klinik dia kecik je..bukan kt specialist annur yg spital tu..

Huda Rahman said...

Salam. nak tanya, sekarang mcm mane ye kulit? dah ok? bayaran tu memang bulan2 rm150 sampai ble?

aKSARAfENDI said...

so far dah ok, tapi sya da stop ambk ubat2 tu semua..aah, sbb caj utk pil satu biji RM 5.00.

Fikri B said...

Hmm, dr apa yg saya faham, 1st time dtg kene bawah rm200. Lps tu bulan2 kene rm150. rm150 tu berapa biji pil doktor bagi? n u consume berapa bulan? sekarang jerawat naik tak? parut ade kesan? btw, klinik tu buka hari apa? terima kasih.

aKSARAfENDI said...

1st time : RM 250 (lbh krg mcm tu) sbb doc ambk drh,nk tgk smada body bole trima ubat tu @ x. Dlm msa sama, doc akn bg antibiotik,pncuci muka,moisturizer etc.

2nd onward : dlm RM150 utk pil yg btol khas utk jrwt. Pil tu trpulang pd kita nak bajet utk bpe bulan pnye pggunaan. Klo rse nk sbulan, dpt la 30 biji..klo nk bajet utk 2 or 3 mnths,bole jgak..pay more..

sya ambik dalam setahun jugak n spnjg ambk tu mmg alhmdulillah, jrwat lgsung xnaik, scars pudar sket2 shja..klinik bkak stiap hari(if i'm not mistaken) n boleh refer kt website klinik tu

Fikri B said...

ooo. kira pil tu sebulan rm150 = 30 biji? so muka skrg cmne? dah tak amik pil2 tu sume naik balik tak?

aKSARAfENDI said...

pil tu kna sntiasa mkn..if sbulan or 2,3 bln skip, jrwat naik balik..msa mkn pil tu, mmg clear dr jrwat..skg dah brenti mkn sbb body ada had ambk ubat tu..jrwat naik smla..