Monday, November 21, 2011

BEST WOO JALAN KAKI

World Walking Day 2011 anjuran Nestle dah berlangsung kat Pusat Rekreasi Air, Presint 6 Putrajaya pada 20 November 2011 ( Ahad ).

Awal-awal pagi lagi, Pusat Rekreasi Air dah dipenuhi dengan para peserta yang rata-rata datang dari Putrajaya dan juga sekitar Lembah Kelang. Aku datang dalam jam 7.00 pagi dan berkumpul dengan kawan-kawan. Nasib baik khemah ambik baju tak ramai orang, so dengan tersenyum lebarnya dapat aku melangkah bangga ambik baju saiz L berwarna hijau dari kaunter.

Majlis bermula pukul 8.00 pagi. Sebelum acara berlangsung, peserta-peserta berkumpul untuk buat warm up dan selepas itu, kami semua dilepaskan untuk berjalan kaki. 5000 langkah disasarkan daripada permulaan langkah sampai penghabisan langkah. Jalan beramai-ramai ni sebenarnya tak memenatkan langsung. Pelbagai kaum dapat dilihat, secara tiba-tiba terfikirkan semangat 1 MALAYSIA...hehehheeh..

Group kitorang sampai ke garisan penamat dalam pukul 9.00 pagi. Habis je acara berjalan, terus terpa ke gerai-gerai Nestle yang menyediakan sarapan pagi bijirin (2x ambik), Milo (4 cawan aku ambik), Nesvita ( 1 cawan je ) dan jugak Maggie (1 mangkuk). Sambil-sambil menunggu cabutan bertuah, sambil tu lah mulut mengunyah.

Majlis berakhir pukul 10.00 pagi selepas selesainya cabutan bertuah.

Boleh disimpulkan yang acara ni adalah satu acara yang sangat menarik untuk disertai oleh seisi keluarga. Tahun depan sure aku akan join lagi..

 yang 3 orang lagi tu dtg semata-mata ambik baju..tak aci langsung


 WWD - World Walking Day

 tengah ushar tempat sebelum buat aksi tak senonoh

 semangat macam ni lah yang kita nak kan..


 abang kuda dan kuda yang sentiasa menjadi perhatian


3 orang gadis yang sama-sama berjalan .. linda, fatin, diyana

Kataku : Berjalan untuk jantung yang sihat


No comments:

Post a Comment