Monday, November 21, 2011

FFM DAH HABIS

Sangat mengantuk bila tengok live FFM 24 nih. Mungkin pengisiannya agak tidak mesra walaupun pengacara tidak menjemukan. Aku tak nak cerita pasal pemenang sebab esok akan keluar kat paper senarai pemenang malam ni.

Cuma nak ucap tahniah kepada pemenang terutamanya filem Merong Maha Wangsa dan KL Gangster dah kaut banyak anugerah pada malam ni.

Jujurnya aku tak pernah tengok Merong Maha Wangsa sampai habis. Serius membosankan, tapi mungkin dari aspek teknikal, filem ini mempunyai banyak kelebihan. Hahaha so kepada pengarah-pengarah dan produser semua, banyakkanlah buat filem guna teknologi terkini macam CGI tu semua. InsyaAllah boleh menang festival filem akan datang.

Kepada pihak penganjur ( walaupun dorang tak baca blog ni ), tahun-tahun akan datang tolonglah cari artis-artis yang terkenal untuk membuat persembahan supaya majlis lebih mengujakan. Lagi satu, rasanya tak perlulah sertakan penari-penari yang macam menyemakkan pentas.. Menyampah gila tengok penari-penari dengan kostum yang entah apa-apa.

Tadi pun sempat tengok Red Carpet sebelum majlis bermula. Bukan beriya nak tengok artis, cuma nak rasai sendiri pengalaman tengok Red Carpet. Sambil-sambil tu dapatlah jugak snap gambar artis-artis yang ada.

 Didie Alias & Ariel AF..rambut Didie dah macam lalang

 ter"snap" gambar Amanda Imani plak..seksi ke tak dia malam ni?

 Tan Sri Dato' Jins Shamsudin..anak bujang dia copy paste muka dia

 Liyana Jasmay sangat comel..baju cantik

 Hye Maya Karin..macam anak dara walaupun sebenarnya janda

 Imuda & isteri

 Aziz M. Osman & isteri..pengarah yang sangat sempoi







 Dafi baik punyerrrr..buat persembahan  tapi biasa-biasa je

 Marsha gedik



 bakal primadona...Neealofa

 macam anak patung..Juliana Evans

 maaf la Zizan, gambar blur..ko xreti duduk diam

 aksi apakah yang kau buat tu Jimmy?

 Ana Rafali yang biru

 Arja Lee..ehemmm dalam botol

 penampilan Rizal dengan rambut macam tu nampak serabut

 sekali dia lentik...huh menggiurkan tapi dia xlah cantik sangat pun

 sekali dua si duda Zul ni bawak

 sape-sape tau ni siapa..dia berdiri kat situ, so aku ambik je la gambar

 korang teka ni sape? hahha ni lah Awal & Scha

 Remy Ishak ni nampak biasa-biasa je kat luar..Tiz  setia menemani

 Diana Danielle..sempat ambik dari belakang

 Lisdawati & Fauzi Nawawi..baju Lisdawati cantik..fullstop

 Eja..serius jelita wanita ni..

 Awie dan handphone..kebetulan dia berhenti depan aku

 Kamal Adli & Intan Ladyana..antara orang terakhir yang sampai

Kataku : Kebanyakan artis sangat hipokrit..dah mula kurang minat dengan beberapa artis

2 comments:

  1. x bpa minat diorg2 nih, huhuhu

    ReplyDelete
  2. aah..artis2 yg ada bkn jnis yg glemer2 sgt..jnis yg biasa2 je..tu yg red crpet ni nmpak sgt suram..

    ReplyDelete