Thursday, December 29, 2011

INSIDEN CEMAS

Berlaku sedikit insiden cemas kat kedai makan Malee tadi. Huh, kelaparan punya pasal, aku ajak la Fauzan teman makan kat Malee Dengkil. Fauzan bujang untuk seminggu, so boleh le ajak dia kuar untuk beberapa hari nih.

Dari kat rumah lagi aku dah terbayangkan nasi goreng dengan tom yam..sampai-sampai kedai terus order barli suam, nasi goreng ikan masin, tomyam campur dengan telur bistik.. i tak makan sorang okay telur bistik tu, kitorang share tapi rasanya aku la makan paling banyak..hahahhaa
berselera pulak la kan makan malam ni..rasanya Bismillah dah baca, makanan lak aku dah kunyah betol-betol, air lak aku minum selepas makan..apa silapnya eak? habis je makanan, terus aku rasa senak yang teramat kat perut..rasa perut macam berangin...sebu..rasa nasi tu tersangkut kat tengah-tengah perut..makanan tak sampai ke tempat yang sepatutnya..

Aku minum air, dengan harapan makanan akan turun..tapi sangkaan aku meleset..terus aku ajak Fauzan pergi bayar & balik cepat-cepat sebelum apa-apa jadi..time nak bayar tu, peluh dah mula keluar kat dahi...pandangan aku macam dah mula kabur..aku ambik kerusi dan duduk..
rasa senak makin menjadi..aku cuba sendawakan diri aku tapi angin tak boleh nak keluar..
sudah................kat otak aku ni cuma terbayangkan yang aku akan pitam kat kedai makan tapi sempat lagi aku terpikir ni..kalau lah aku pitam, memang buat malu diri sendiri..dah le baru habis makan, pitam lak tu..
nampak sangat mengada-ngada nya..confirm orang yang tengah makan tu akan cakap aku ni terlebih makan..ishhh besar kemaluan nanti..

aku cuba tenangkan diri aku dan bayar makanan yang aku dah bayar..Fauzan dah tunggu kat tepi kereta..aku jalan slow-slow dan terus masuk dalam kereta..aku turunkan seat dan baring sambil tekan-tekan perut..reda sedikit tapi masih lagi rasa macam nak pitam..
aku cuba  lagi sendawakan diri aku, keluarlah sikit angin tapi masih belum melegakan..sampai je kat rumah aku masuk bilik dan baring..bagi rehat sekejap kat perut dan sambil-sambil tu aku cuba keluarkan angin..Alhamdulillah....walaupun keluar angin sikit-sikit tapi ia dah beri sedikit keredaan untuk aku..

aku tak pastilah apa punca penyebab jadinya benda macam ni..seumur hidup aku, rasanya ni lah kali pertama aku rasa nak pitam lepas melantak nasi dengan tomyam kat kedai makan..nak kata aku ni kebulur sangat tu tak de lah jugak..sebelum-sebelum ni lagi le banyak aku makan..lagi-lagi time bulan puasa, tapi masih lagi steady.
mungkin Allah nak tunjukkan kepada aku supaya bersederhana dalam pemakanan..InsyaAllah aku cuba ingatkan diri aku sendiri lepas ni..
Tak sanggup aku nak berdepan dengan insiden macam tadi.. sakit tak tertahan..rase perut macam nak meletopppppp..
agaknya macam ni la rupa aku tadi time kat kedai makan kan?


Kataku : Semalam aku kata dah tak nak makan malam lagi..tapi kenapa hari ni aku boleh TERmakan malam eak?

1 comment:

  1. hahahahaha..
    gelak dulu..kelaka ok cite u

    siannye u..
    mmg kdg2 akan jd cmtu..mybe perut u kosong kot..

    ReplyDelete