Thursday, January 19, 2012

JANGAN SALAHKAN MEREKA

Aku pernah terpandang satu frasa " Jangan membenci orang yang pernah melukakan kita kerana dia pernah juga membahagiakan kita "..macam tu la kut ayat dia.. Lebih kurang je la.

Senang cite macam ni.. si A pernah hadir dalam hidup, kemudian dia kecewa dan lukakan hati kita..kita jangan terus menerus membenci dia tapi muhasabah diri sikit sebab dia pernah membuat kita bahagia satu masa dulu. Betul tak huraian aku ni?

Pernah  ke aku alami benda ni? Pikir jap..hurmmm pernah sebenarnya..lepas kecewa tu memang sakit yang teramat sangat ( kononnya lah kan ). Betul-betul membenci ( kononnya jugak, padahal sms jugak ).

Bila pikir-pikirkan balik secara matang, memang menjadi kebodohan aku juga sebab membenci dia.. Dalam satu tempoh sebelum kecewa tu, aku pernah bahagia yang teramat-amat bahagia. So, sepatutnya aku kena ucap terima kasih pada dia sebab pernah hadir dalam hidup aku dan membahagiakan aku. ( banyak drama ).
Dan hasil muhasabah diri jugak la aku sekarang berasa amat tenang yang teramat dan boleh tersenyum bila tengok dia berbahagia dengan orang yang dia sayang.



Kataku : Hari ini hari Khamis dan malam ini malam Jumaat

2 comments:

  1. penah gak rasa meluat kat sum1,,tp x penah lama...huhu

    yup,,rini malam jumaat...malam jumaat yg menyedihkan...

    ReplyDelete
  2. mmg camtu kalau dh benci kan tp kdg2 lupa plak bahawa sbm ni mmg mengembirakan kita..huhu

    ReplyDelete