Friday, January 20, 2012

PERGI TAK KEMBALI

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat yang penuh kerahmatan ALLAH SWT.. bangun pagi, hujan lebat dah mendahului.. sejuk bumi bila disirami air..

Semalam dapat berita mengejutkan.. Salah seorang staff Eden Catering            ( Katerer Panel PICC ) telah pergi untuk selama-lamanya.

AlFatihah untuk Allahyarham Halimi yang menghembuskan nafas terakhir petang semalam. Walaupun kami tidak rapat, tapi dia sering datang ke opis atas urusan kerja dengan Unit F&B. Sering terserempak dan bertegur sapa.

Nampak sihat dan ceria, tapi ketentuan Allah tak siapa yang tahu..
Giliran dia sudah tiba, giliran kita entah hari ini, esok atau lusa..

Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Kubur itu sama ada sebuah TAMAN SYURGA ataupun sebuah lubuk api NERAKA.”
(Hadis Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri r.a)

Kataku : ALLAH MAHA BESAR

2 comments:

  1. Al-Fatihah utknya..moga2 dia ditempatkan di kalangan hamba-Nya yg soleh dan solehah..amin

    ReplyDelete
  2. alfatihah jugak..moga Allah tempatkan dia di Syurga

    ReplyDelete