Monday, February 6, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

Assalamualaikum..

Dah masuk tengah malam dah ni baru berkesempatan nak bukak internet dan melayari blog yang tak seberapa sangat ni.

Salam Maulidur Rasul untuk umat Islam.

Jom hayati sejarah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam..

Siang tadi sudah berlangsung majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Putrajaya.

Sayangnya saya tak berkesempatan nak sama-sama turut serta dengan perarakan dan juga tak dapat nak tengok secara live kat TV.

Tengok kat FB kawan-kawan kerajaan post gambar penyertaan perarakan.. Mesti seronok kan bila terlibat dengan aktiviti keagamaan macam ni.
Masa zaman sekolah dulu memang meriah sungguh sambutan. Sambutan peringkat kampung dan jugak peringkat sekolah. Berarak satu kampung sambil berselawat dan pegang sepanduk. Kemudian ada persembahan nasyid, bacaan suci Al-Quran dan juga acara kemuncak mestilah ceramah agama tentang sirah Nabi Muhammad SAW..

Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW kena banyak-banyak berselawat dan salam atas junjungan. Semoga di akhirat nanti beroleh keberkatan dan syafaat oleh Baginda. InsyaAllah..



Kataku :  Teringin nak terlibat dalam sambutan peringkat kebangsaan tapi masih belum lagi diberi kesempatan.




2 comments:

  1. salam.. 1st time singgah sini.. wahhh teringat zmn skolah dulu..tiap tahun mseti ade sambutan maulidur rasul..



    slm maulidur rasul :)







    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete