Tuesday, August 14, 2012

KABINET DAPUR

Nak mencari kontraktor untuk buat kabinet dapur pun makan masa yang lama. Sebagai pelanggan, kita mesti nak kan perkhidmatan yang baik, harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan material yang digunakan.

Dekat sebulan jugak lah aku buat survey untuk cari kabinet dapur.

Tak cukup survey kat internet dan blog-blog, aku redah ke Bandar Baru Bangi untuk cari mana-mana outlet yang boleh buat kabinet kitchen.

Akhirnya dua pilihan aku ialah Sam Cabinet dan jugak Welco Cabinet.. Harga dan material yang ditawarkan sama je, tapi entah kenapa aku pilih Sam Cabinet..Mungkin sebab cara dia yang menyerahkan pilihan kepada aku tanpa meletakkan syarat..

24 Julai lepas Sam dengan kuncu-kuncu dia datang untuk pasang kabinet yang bahagian bawah..aku pilih ABS Melamine..sebab bajet aku cuma layak untuk yang jenis macam ni je..

Dalam masa sejam je dorang da siap pasang dan apa yang boleh aku katakan, aku sangat puas hati dengan kekemasan pemasangan..

01 Ogos pulak, dia datang sekali lagi untuk pasang batu bahagian atas..aku ambik jenis Solid Surface, cadang nak ambik granit tapi aku ulang sekali lagi yang ni je-lah bajet yang aku ada untuk kabinet dapur ni..hahahaha

Niat hati memang nak pasang kabinet yang lagi cantik dan mahal tapi...kena jugak ingat..ukur baju di badan sendiri. Kalau dah ini je yang aku mampu, tak kan aku nak berlebih-lebih pulak kan?

Yang keduanya, dapur aku kecik..kalau pasang banyak-banyak nanti jadi sempit pulak dapur..karang ada jugak kuar paper ada orang mati lemas kat dapur umah time tengah masak..keh2..

Yang ketiganya, aku suka masak yang simple-simple je..so agak sesuai la dengan taraf dapur bujang..




 Kalau ada yang tengah mencari kabinet dapur, boleh try pergi kat alamat bawah ni:-

Sam Home Cabinet
Sam * 016-687 9687
No. 41 Jalan Seksyen 1/27, Taman Industri Kajang Utama

Showroom : No.37-1-1A Tingkat 1 Jalan Medan PB2 43650 Bandar Baru Bangi

Showroom : PT 12944 Jalan BBN 1/7D, Putra Indah, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan


Welco Kitchen
www.welcokitchen.com ( banyak cawangan ) 

Kataku :
Sekadar berkongsi, bukan niat nak menunjuk  


7 comments:

  1. beraya ngan kabinet baru tu...cantik dan simple...

    ReplyDelete
  2. kat kajang memang banyak kedai..kena pandai survey la..ada yang murah ada yang mahal..

    ReplyDelete
  3. salam,

    kami pon ade mintak quotation dr sam ni,,tapi tak jadi amik sb ade pilihan yg lagi baik.

    ReplyDelete
  4. berapa kosnya ya? saya tgh budget2 kan duit ni untuk buat kabinet dapur...kalau over budget, mungkin buat table top sahaja kot...
    Awak punya kbainet ni just table top sahaja kan? yg kabinet lekat kat dinding tak de kan?

    ReplyDelete
  5. yg ni 2800rm..aah ni just kabinet shja plus dgn mozek atas tuh..utk bhgian atas mmg tak buat sbb bajet xckup

    ReplyDelete