Thursday, September 20, 2012

DARI PUTRAJAYA KE HATYAI, THAILAND - PART 1


Impian nak menjejakkan kaki ke Hatyai akhirnya terlaksana juga. TQ untuk kawan aku, Oii for this trip planning.

Niat asal nak naik train dari KL Sentral terus ke Hatyai, tapi dibatalkan dan aku ambik keputusan untuk naik bas dari Putrajaya Sentral dan turun di Lumut sebab Oii tunggu kat sana. Dari Lumut, kitorang gerak naik kereta terus ke Arau,Perlis.
Aku naik bas dari Putrajaya jam 8.50 malam hari Khamis (13 September) dan sampai kat Lumut jam 1.00 pagi. Perjalanan ke Arau mengambil masa lebih kurang dalam 4-5 jam termasuk berhenti di R&R Gurun. Wow..satu pengalaman yang menarik bila dapat travel malam-malam buta memandu menuju ke utara. Mengantuk tu tetap mengantuk tapi sepanjang jalan macam-macam cerita keluar supaya mata tak terlelap.

Kitorang sampai ke Stesen KTM Arau tepat-tepat masuknya waktu Subuh hari Jumaat (14 September) dan masjid pun berhampiran sangat dengan Stesen KTM Arau, memang sangat memudahkan.


Sebenarnya, kitorang nak drive terus ke Hatyai tapi oleh sebab masing-masing nakkan pengalaman naik train, so kitorang park kereta kat Stesen Arau dan sambung ambik train menuju ke Hatyai. Tapi, kena berhenti kat border Malaysia-Thailand..kat mana lagi kalau bukan kat Padang Besar kan? Last aku sampai sini dulu masa 7 tahun yang lepas. Dah tak ingat langsung keadaan tempat nih.

Beli tiket dari Arau ke Padang Besar atas train je dengan harga RM 6.00 seorang. Dari Padang Besar ke Hatyai pulak beli kat kaunter tiket Stesen KTM Padang Besar dengan harga RM 13.00 seorang. Jenuh kena tunggu kat stesen ni, of course la kena check Imigresen Malaysia & Thailand, pastu kena tunggu lebih kurang 2 jam kut sebab train nak kena tukar kepala, kena bukak koc. Penantian satu penyeksaan ok. Dengan keadaan stesen yang under construction, pastu persekitaran yang tak menarik. Aish…memang tobat. Mungkin inilah pertama dan terakhir kali aku naik train kalau nak ke Thailand.

 pemandangan dari atas train dari Arau menuju ke Padang Besar.

 tiket beli atas train sahaja..orang tak ramai, so tak jadi masalah

Oleh sebab semangat berkobar-kobar walaupun mata dah jadi mata panda, kitorang tunggu dengan penuh sabar * kononnya..ikut ati memang aku mengamuk kat tempat awam tuh. Dari Padang Besar ke Hatyai tak lama. Aku pun tak sedar berapa lama perjalanan sebab aku tido dengan nyenyak gile. Penat plus mengantok kut tunggu lama macam orang bodo kat Stesen Padang Besar tuh.

 tiket dari Padang Besar ke Hatyai..yang ni kena beli kat kaunter Stesen KTMB

train yang ni nak pergi ke Bangkok..eh tetiba terpikir, gi Bangkok best gak kan?

kepala train is coming...maknanya perjalanan dah nak mula


Sampai kat Stesen Hatyai, aku macam blur..maklumlah, first time datang ke Thailand, tambah-tambah lagi baru bangun dari tidor. Macam mimpi je rasa..tapi keadaan stesen memang daif.. Syukur lah dengan keadaan kat Malaysia.. Ohh tetiba rasa bangga jadi rakyat Malaysia.

Kehadiran kitorang yang baru turun dari train tu disambut dengan pelawaan dari pemandu-pemandu tuk-tuk. Aku teruja bila tengok bangunan dan pemandangan di depan Hatyai Station. Bangunan biasa-biasa je, tapi dengan tulisan Thailand merata-rata termasuk di signboard, kat papan-papan kedai & jalan raya buat aku rasa macam baru keluar dari kepompong. Jakun giler kut..


So, kitorang jalan kaki nak pergi Hotel Central Hatyai. Oii dah 2 kali pergi Hatyai, so aku follow dia je lah.. At last, kitorang lost..hahhaha so terpaksa tahan tuk-tuk untuk pergi ke hotel.. Hotel tu rupanya dekat je dengan Hatyai Station cuma kitorang tak dapat cari je. Harga hotel untuk 1 malam cuma RM 80.00 . Murah  kan? Kat KL boleh ke dapat harga macam ni? Hotel boleh dikategorikan 3 bintang tapi ok lah. Keadaan dalam bilik yang selesa. Orang Malaysia kebanyakan suka stay kat Lee Garden Plaza Hotel ataupun Grand Plaza Hotel, tak pun Pink Hotel. Ketiga-tiga hotel ni memang betol-betol kat tengah-tengah bandar dan dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong. Tapi kitorang sengaja cari hotel yang agak jauh supaya dapat tengok-tengok tempat persekitaran dan pemandangan bandar Hatyai.

 bilik penginapan..selesa jugak walaupun tilam tak empuk
walau tak empuk, tetap nyenyak tido

 layankan cerita thailand..tv Msia yang ada pun cuma ntv7 je. baik xyah tengok tv


 pemandangan luar hotel..bangunan je lah, dah namapun tengah bandar kan?



Masuk bilik, terus berehat.. Hujan pulak turun lebat. Memang musim hujan, tak boleh nak buat apa lah. Petangnya kitorang kuar jalan tengok-tengok bandar Hatyai. Keterujaan aku mulai hilang pulak bilamana komunikasi menjadi satu masalah antara pelancong dan jugak orang tempatan. Ni yang paling aku tak suka, mood merudum jatuh. Rasa macam nak pack barang balik Malaysia je rasa. Nak berbahasa Inggeris pun dorang tak boleh, apatah lagi nak berbahasa Melayu. Yang aku plak memang sah-sah tak boleh berbahasa Thailand. Giler…anak Jawa + Bugis nak berbahasa Thai?

Tempat tujuan kitorang cuma shopping mall je. Nak tengok baju-baju, nak compare harga dengan kat Malaysia. Baju-baju, kasut, seluar & semua-semua yang berkaitan memang cantik-cantik tapi harga tetap sama macam duit Malaysia. So, aku tak bercadang nak beli apa-apa baju kat shopping mall tapi akhirnya terbeli jugak sehelai baju kat Lee Garden Plaza dengan harga 2990 bath. Setakat baju T-shirt tapi sengaja beli sebagai kenang-kenangan balik Malaysia nanti.

 orang tinggi macam aku tak leh naik tuk-tuk..kepala cecah bumbung..gilor

 member aku buat muka tak tau je naik tuk-tuk..dah biasa katanya



















Tempat lunch kitorang plak kat Hamid Restaurant, berhampiran je dengan Lee Garden Plaza. Tak berani nak singgah mana-mana kedai makan yang lain. Takut tak halal je, sepanjang jalan tu bila lalu kedai makan, nampak lah jugak kepala babi duk digantung-gantung.. Ishhh hilang selera nak makan.. Geli pun ada. Harga makanan kat Hamid Restaurant ni sama macam kat Malaysia tapi aku rasa macam mahal sikit. Rasa masakan pun sama je macam masakan Kelantan kat Malaysia. Tak ada beza.






Kataku :
Sila baca part-2 ( motip? nak suh orang baca? )

2 comments: