Monday, October 29, 2012

JIRAN TAK MEMBANTU

Rentetan dari cerita tersekat akibat tertinggal kunci dalam rumah, ada sesuatu yang aku belajar dari pengalaman tu. Belajar berkaitan dengan semangat kejiranan. Baru duduk situ tak sampai sebulan, so masih belum kenal-kenal sangat jiran yang ada. Tambahan lagi, kuar rumah sebelum matahari naik, balik rumah pulak waktu matahari dah terbenam..

Masa kitorang dalam kecemasan tu, ada sorang jiran pompuan lalu, dia duduk tingkat atas. Aku mintak tolong dari dia dan tanya sama ada kunci yang dia guna sama dengan kunci grill aku. Grill aku ni boleh guna mana-mana kunci.Hahha..kantoi..

Dia sekali lalu dan cakap " mintak maaf, kunci saya jenis macam ni.. tak dapat nak tolong"..

Terus dia blah macam tu je.. 

Macam tu je dia bagi reaksi, takde langsung nak tunjuk tanda prihatin ke atau bersimpati.

Takpe, hari ni hari malang aku, nanti waktu hari malang dia datang, dia akan tahu langit tu tinggi ke rendah..

******************************

Bila dah selesai semuanya, waktu aku tukar tombol pintu, datang seorang lelaki dan bagi salam. Dia tanya-tanya apa yang jadi sebab nampak lain macam dengan grill rumah dan tombol pintu.

Nampak sangat keprihatinan yang dia tunjukkan lelaki tu.. Walaupun tak membantu, tapi sekurang-kurangnya tunjukkan sikap ambil berat pada jiran-jiran..

Aku pun harap dan tanamkan dalam diri supaya tak sombong dengan jiran-jiran yang ada..InsyaAllah..

Kataku :
Akak aku da aim pompuan tu..jangan nak poyo sangat..ko duduk rumah murah je kut

2 comments:

  1. jiran sepakat membawa berkat..

    ReplyDelete
  2. Draw will take place in you have to participate in this site to the site is too much to give as a gift. Don't miss out on this gift ideas there http://www.cicileydi.com/2012/10/5-i1-yerdeHediyeCEKiLiSi.html

    ReplyDelete