Thursday, November 1, 2012

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2.0

Selamat Datang November...

Masuk bulan November, dah boleh buat permohonan untuk BR1M 2.0.. Eh masih tak tahu ke apa tu BR1M?! Bantuan Rakyat 1 Malaysia, dah masuk siri kedua dah untuk tahun 2013 nanti tapi kerajaan dah buka permohonan bermula bulan November ni.

Isi rumah yang layak bagi bantuan RM 500 :-

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bbulanan isi rumah RM 3,000.00 dan ke bawah
    • Berkahwin
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah 
    • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah dalam rumah yang sama
  • Warga emas sebatang kara
 Individu yang layak bagi bantuan RM 250 :-

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ( termasuk balu/janda/duda ) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2,000.00 dan ke bawah.
 Borang permohonan boleh dimuat turun melalu laman web BR1M atau terus isi online untuk memudahkan kerja. Bagi yang belum memohon, cepat-cepat memohon. Gunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat seperti kita.....


Kataku :
Tunggu rebat untuk smartphone pulak..ah angan-angan macam nak beli

2 comments:

  1. tq for remind and updating me ... tgu juga yg rebate tu

    ReplyDelete
  2. Draw will take place in you have to participate in this site to the site is too much to give as a gift. Don't miss out on this gift ideas there http://www.cicileydi.com/2012/10/5-i1-yerdeHediyeCEKiLiSi.html

    ReplyDelete