Bercuti tanpa perancangan.. bercuti sebab suka-suka.. itulah aku..
Aku ke Miri Sarawak dari hari Sabtu sampai hari Selasa.. Sebab apa ke Miri? Untuk suka-suka, berjalan, mengisi masa lapang, menghabiskan masa untuk diri sendiri dan tujuan utama untuk menunaikan hajat naik flight bagi tahun 2012.
Tujuan terakhir tu memang kenyataan.. Tahun 2012 ni aku dah cancel kan dua percutian yang perlu naik flight, so aku ambik keputusan beli tiket flight untuk ke destinasi yang aku sendiri tak putuskan lagi waktu tu.
Masa belek-belek tiket online, aku putuskan untuk ke Miri.. kenapa aku ke Miri? sebab Miri menyimpan memori dan mengembalikan semula kenangan aku.
Memang tak pernah dalam sejarah hidup aku habiskan duit untuk bercuti suka-suka, tapi eksperimen aku kali ni sangat menjadi dan mungkin akan ada yang kedua dan ketiga dan seterusnya bagi destinasi-destinasi percutian yang lain.
Percutian yang santai, percutian tiada jadual, tidak mengejar masa, menghabiskan masa di bilik hotel, keluar hotel ikut suka hati dan paling penting aku habiskan masa untuk diri aku dan lupakan seketika PUTRAJAYA dan KERJA.. sangat sempoi...
Dan sekarang ni aku masih rindukan suasana Miri.. mencari buah dabai di pasar dan menghabiskan sedikit masa di pantai esplanade. Rasa macam tak nak balik semula ke semenanjung dan sekarang ni aku dah kembali bekerja sediakala.
Walaupun Miri sebuah bandar yang biasa-biasa saje ( bg pendapat aku, tapi boleh dicadangkan sebagai tempat percutian untuk suka-suka )..Senang cari makanan halal dan shopping mall pun ada walaupun tak sebesar mana.
Walaupun Miri sebuah bandar yang biasa-biasa saje ( bg pendapat aku, tapi boleh dicadangkan sebagai tempat percutian untuk suka-suka )..Senang cari makanan halal dan shopping mall pun ada walaupun tak sebesar mana.
Lepak Old Town LCCT sementara nak tunggu boarding
ini pun nak masuk dalam blog ke? eh mesti-lah..
kasut ni selesa..tak sia-sia beli murah kat ZARA kan..
bapak besar rumah orang Sarawak ni..berangan jap kalau-kalau rumah ni jadi milik aku
memang suka kat pantai nih..siap request kat member suruh bawak sini sebab nak snap pict pantai..pantai ni ada kenangan dulu-dulu
memang suka kat pantai nih..siap request kat member suruh bawak sini sebab nak snap pict pantai..pantai ni ada kenangan dulu-dulu
hahhaha...gi jauh-jauh, then temankan member cuci kereta..QMP dah bersih
hambik ko...kena saman sebab tak bayar parking..keh2
dalaman kereta bersepah..maklumlah,,DJ radio punya kereta..busy sangat-sangat kan..
Untuk entry percutian ni memang tak adalah aku tunjukkan tempat-tempat menarik kat Miri ni sebab aku tak pergi pun tempat-tempat tu semua..dah pernah pergi masa tahun 2008 dulu..berbalik pada niat asal aku ke sana..untuk suka-suka aje..
Kataku :
Tak dapat imagine kalau aku nih jutawan..mau keliling dunia tiap minggu
takde wat blk ole2 dr miri ke...hihi
ReplyDeleteteringin nk jd mcm ko ...
ReplyDeleteDK - hehehe bole je,ajk hubby ko jnjalan
ReplyDeleteJS - ala kt sna mmg xshopping apa2 pun..insyaAllah nnti kalo ke Phuket & Korea nnti ye..
Bestnya gi jalan-jalan :)
ReplyDeleteAnda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
ReplyDeleteHubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
www.hrbcarrental.com